22 Dis – Tiga tahun mereka menyulam cinta sebagai sepasang kekasih dan hubungan itu pernah terputus pada satu ketika dulu, namum bak kata pepatah, 'kalau dah jodoh tak mana', mereka kembali bersama bercinta sekitar bulan Mei lalu apabila Diana sendiri mengesahkan di laman sosial Twitter peribadinya.
Ini bukan main romantik lagi apabila mereka datang bersama dengan menaiki satu kereta ketika menghadiri sidang media filem terbaru mereka, "Hantu Gangster", di Taman Pengkalan Batu, Klang baru-baru ini.
Pasangan ini yang sedar akan kehadiran media ketika berada di lokasi cuba untuk tidak duduk bersama, malah ketika sesi fotografi beramai-ramai bersama pengarah dan pelakon lain, Diana tidak mahu duduk bersebelahan dengan kekasihnya itu.
Apabila mereka diminta untuk mengambil gambar bersama, dengan pantas mereka menolak. Dan ketika Farid ditanya mengenai hubungan mereka seterusnya, ini jawapan yang diberi Farid.
"Kami menunggu seru ke arah kebaikan. InsyaAllah, kita tunggu dan lihat saja. Ada juga perbincangan yang terperinci tentang perkara itu, tapi bila tarikhnya, tak diketahui lagi," ujarnya.
Pada masa sama, Diana tidak menafikan bahawa mereka ada berbincang untuk membawa hubungan mereka ke peringkat seterusnya.
"Setakat ini hubungan kami berdua 'okay'. Tidak dinafikan kami ada bercakap mengenai perkahwinan, tetapi bercakap tak sama dan berbeza sekali dengan merealisasikannya. Lagipun, saya baru 20 tahun, untuk pikul tanggungjawab isteri itu, saya kena pastikan yang saya sudah betul-betul bersedia. Malah, salah satu sebab perkara ini agak lambat sikit sebab saya merancang untuk menyambung pelajaran dulu," jelas Diana.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan