Khamis, 29 Disember 2011

HADIAH HARI LAHIR DARI JABATAN

assalamualaikum...
sebulan lebih telah berlalu...
tup...tup... hari ini...
aku terima hadiah dari jabatan sempena hari lahir ku pada 17/11/2011...
jadi,genap sudah lah umur ku 28 TAHUN pada tarikh tersebut..

sempena perhimpunan bulanan jabatan hari ini untuk bulan terakhir 2011...
biro serantau,telah memilih kalangan staff yang lahir pada bulan 11 dan 12 untuk mererima hadiah sempena hari lahir masing-masing...

antara yang ku terima adalah,
1) kad ucapan



2) cenderahati dari jabatan

                    jug beserta gelas dari IKEA




ini adalah hadiah ketiga ku terima dari jabatan sempena hari lahirku.ini bermakna,telah 3 tahun aku berkhidmat di jabatan ini.

Jumaat, 23 Disember 2011

Rahsia Menawan Hati Pasangan

Sebuah rumahtangga yang bahagian pasti ada nilai-nilai yang selalu mereka terapkan dalam seharian kehidupan mereka. Apakah rahsia-rahsia kebahagian mereka. Ingin tahu lebih lanjut ayuh jejak penulisan Suri yang seterusnya.
Peluk dan ciumlah pasangan anda kerana pasangan yang sering melakukan begini akan membuatkan hati pasangan anda merasa damai tiap kali di peluk erat pasti kasih yang bersemi akan mekar seiringan dengan ketulusan hati dan tanggungjawab.

Usiklah pasangan anda takala dia sedang rancak berkata-kata. Anda apa lagi kuislah pipi pasangan anda, or hidungnya. Lepas itu larilah hee. Bukan ke manis cara gurawan sebegitu heeee..

Urutlah pasangan anda tanpa di pinta. Bukankah ia merupakan salah satu perkara yang menyenangkan hati pasangan anda. Jika pasangan anda meminta seolah-olah anda akan beranggapan diri anda persis tukang urut ar pulak hee. Sambil mengurut sambil beristfar bukan ke bagus janglah asyik bercerita hal rumahtangga sahaja bosan deh..

Bukalah telinga anda untuk mendengar segala bebelan pasangan anda. Ingat tanpa bebelan tu sebenarnya tidak mungkin sampai sekarang anda akan menjadi lebih baik dari sebelum ini hee.. Lihat sebagai salah salah satu contoh sahaja, tingkah-laku anda sebelum mengenali pasangan anda mesti anda seorang yang berat tulang dalam membantu dia menguruskan kerja-kerja rumah. Nah sekarang anda rajin. Maka sikap sebegitu harus di banggakan kerana bebelan dia kepada anda ternyata tidak sia-sia malah membuahkan hasil bukan. Itu menandakan bebelan pasangan anda ada kebaikannya dalam kehidupan anda dan pasangan.

Ketawa dan beringatlah selalu. Dalam rumahtangga pasti ada hilai tawa. Jangan katakan duka tapi harus beringat setiap laluan yang duka itu sebenarnya penawar untuk menemui sebuah kebahagiaan. Biar ketawa dan berigat tapi jangan ketawa lupa atas apa yang telah di harungi bersama-sama. Pasangan yang ketawa dan beringat biasanya mereka-mereka ini akan meniti kehidupan dengan lebih berhati-hati sebab mereka tahu kehidupan ynag dahulu banyak mengajar mereka tentang kesukaran, kehidupan di jalani dengan penuh kesabaran.

Jagalah makan ,minum hatta pakaian pasangan anda sebaik yang mungkin. Biarlah air tangan masakan anda menitis di masakan tapi bukan pada air tangan yang lain. Kasih sayang seorang pecinta akan meresap rasa itu pada setiap aura masakan yang dihidangkan. Penyediaan kelengkapan adalah kewibawaan seorang insan ibarat menyediakan diri anda ke medan perang. Besiap dan bertungkus-lumuslah dalam setiap perkara yang baik itu amat-amat di senangi olehNYA. Pahala usah di kira sebab ia sedia menanti untuk di timbang sahaja
 
renung-renungkan lah...moga ia menjadi landasan untuk supaya rumahtangga kekal hingga ke akhir hayat.....AMIN.

tolong VOTE team saya BOLEH!!!!!!

ASSALAMUALAIKUm,....
dan selamat pagi semua...

hari ni..saya nak minta tolong pada kawan-kawan boleh..
tolong VOTE saya..

semalam saya ada join contest anjuran DIGI TELECOMMUNICATION untuk menang hadiah yang disediakan...

syarat dia,kena dapatkan vote tertinggi untuk memenangi hadiah tersebut.
hope,ada yang sudi untuk VOTE team saya.

untuk VOTE,boleh klik sini

Khamis, 22 Disember 2011

Farid Kamil & Diana Danielle Bakal Naik Pelamin?

22 Dis – Tiga tahun mereka menyulam cinta sebagai sepasang kekasih dan hubungan itu pernah terputus pada satu ketika dulu, namum bak kata pepatah, 'kalau dah jodoh tak mana', mereka kembali bersama bercinta sekitar bulan Mei lalu apabila Diana sendiri mengesahkan di laman sosial Twitter peribadinya.




Ini bukan main romantik lagi apabila mereka datang bersama dengan menaiki satu kereta ketika menghadiri sidang media filem terbaru mereka, "Hantu Gangster", di Taman Pengkalan Batu, Klang baru-baru ini.



Pasangan ini yang sedar akan kehadiran media ketika berada di lokasi cuba untuk tidak duduk bersama, malah ketika sesi fotografi beramai-ramai bersama pengarah dan pelakon lain, Diana tidak mahu duduk bersebelahan dengan kekasihnya itu.



Apabila mereka diminta untuk mengambil gambar bersama, dengan pantas mereka menolak. Dan ketika Farid ditanya mengenai hubungan mereka seterusnya, ini jawapan yang diberi Farid.



"Kami menunggu seru ke arah kebaikan. InsyaAllah, kita tunggu dan lihat saja. Ada juga perbincangan yang terperinci tentang perkara itu, tapi bila tarikhnya, tak diketahui lagi," ujarnya.



Pada masa sama, Diana tidak menafikan bahawa mereka ada berbincang untuk membawa hubungan mereka ke peringkat seterusnya.



"Setakat ini hubungan kami berdua 'okay'. Tidak dinafikan kami ada bercakap mengenai perkahwinan, tetapi bercakap tak sama dan berbeza sekali dengan merealisasikannya. Lagipun, saya baru 20 tahun, untuk pikul tanggungjawab isteri itu, saya kena pastikan yang saya sudah betul-betul bersedia. Malah, salah satu sebab perkara ini agak lambat sikit sebab saya merancang untuk menyambung pelajaran dulu," jelas Diana.

Selasa, 20 Disember 2011

"Zul Masih Masih Sayangkan Abby Abadi"

20 Dis – Tiga tahun menyulam cinta dan kasih sayang bersama pelakon, Abby Abadi, namun bintang siri "Gerak Khas" , Zulkifli Ariffin atau lebih mesra dengan nama Zul Ariffin, terpaksa akur dengan ketentuan takdir apabila akhirnya berpisah tanpa sebab yang kukuh.




Zul memberitahu walaupun sudah berpisah, ia tidak menghalangnya dari terus berhubung dengan bekas kekasihnya itu. Dan Zul memberitahu bahawa dia masih mengambil tahu mengenai perkembangan diri Abby dan tiga anaknya melalui laman sosial Facebook milik Abby.



Pelakon bertubuh sasa ini turut memberitahu bahawa dia dan Abby masih baik dan dia menghormati Abby sebagai seorang kawan. Zul juga menggambarkan bekas kekasihnya itu sebagai the best person yang pernah mucul dalam hidupnya selain dari keluargannya.



"Hubungan saya dengan Abby masih baik. Kadang-kadang kami saling bertanya khabar melalui panggilan telefon atau pun berbalas SMS. Hubungan kami dah habis, tapi perasaan sayang kepadanya itu masih ada. Kerana percintaan kami bukan terbina selama tiga hari, tetapi tiga tahun lamanya."



"Sudah tentu ia masih berbekas di hati saya. Apatahlagi biasanya kalau kita kenal rapat dengan seseorang itu, 5% tentang dirinya pasti ada pada diri kita", katanya



Sementara itu, ketika ditanya adakah dia akan kembali menjalinkan hubungan dengan bekas penyanyi kumpulan Elite itu, pemuda berusia 25 tahun ini dengan ringkas menjawab, 'mungkin'.



"Jodoh dan maut di tangan Tuhan. Jadi sama ada kami akan bersama semula atau tidak, tunggu dan lihat pada takdir Ilahi. Mungkin ya atau tidak kita tidak tahu apa yang berlaku masa depan."



"Malah sehingga ke hari ini, jika orang masih kaitkan saya dengannya, saya langsung tidak ada masalah kerana kami masih berkawan dan berhubung bertanya khabar," katanya ketika ditemui pada pelancaran filem "Penanggal".



Zul dan Abby dilaporkan berpisah pada Oktober lalu, selepas Abby menyatakan sendiri di laman blognya peribadinya.

Isnin, 12 Disember 2011

Larian Jom! Kitar Semula 2011

 

assalamualaikum...

sesiapa yang bekerja area putrajaya mesti tau pasal larian nie kan?jadi,korang dah daftar belum?kalau belum...jom kita berdaftar sekarang..disamping tu kita boleh menjaga kesihatan kita...
mana2 yang rasa nak kurus tu,selain dari xmakan,korang leh juga kurus dengan join larian nie...sambil tu boleh cergaskan badan...larian nie ditujukan kepada mereka yang berminat serta sihat tubuh badan...

tarikh: 18 disember 2011
tempat: presint 2,putrajaya
bayaran : percuma & ADA SYARAT LAIN...




 contoh t-shirt


contoh bib


laluan untuk larian 7km ( dari presint 2 - picc dan patah balik)


laluan bagi larian 3km


aturcara majlis

BERMINAT NAK JOIN, CLICK SINI UNTUK PENDAFTARAN
 LARIAN KITAR SEMULA

Jumaat, 9 Disember 2011

SUNWAY education Day!!!

Explore, Experience and Enjoy!



Sunway Education Day is happening on the 17th and 18th December 2011.



Come and explore the many exciting pathways to your dream careers with our insightful talks and showcases, or drop by and have a chat with Sunway Education experts who will guide you to your choice of university or preferred profession.



Prepare yourself to be fascinated by our Campus Showcase, Culinary Masterpiece, Works of Art by talented students and career test on the Education Day.



Don’t miss out this great opportunity!

Pekeliling Gaji SBPA 2012

Pekeliling Gaji SBPA 2012 baru akan keluar tidak lama sahaja lagi disebabkan Rang Undang- Undang Pembekalan 2012 telah pun diluluskan di Dewan Rakyat pada 23/11/2011 jam 10:33 malam yang lalu. Dan….antara perkongsian maklumat yang kami terima setakat ini berkenaan dengan dengan sistem gaji SBPA baru 2012 ialah :


Mana-mana kakitangan kerajaan yang dinilai tidak mampu menjalankan tugas secara fizikal dan mental, akan disarankan supaya berhenti. Manakala kepada kakitangan kerajaan yang cemerlang tetapi disebabkan tiada promotion jawatan dalam organisasi tersebut, anda dinasihatkan supaya bersara dengan berbekalkan PERKS yang lumayan.

Walaubagaimanapun, kepada sesiapa yang berada dalam pengurusan premier dijangka agak kurang selamat. Pencapaian mereka ini akan diukur berdasarkan outcome & kesan, bukan lagi output seperti yang sebelumnya.

Akan wujud pelbagai lapisan gred seperti berikut (secara kasar) :

Premier
Jusa
Pengurusan Tinggi
Pengurusan dan Profesional
Pelaksana


Kalau diikutkan gred Premier dan Pelaksana adalah merupakan gred baru yg diwujudkan bagi mewujudkan kategori penjawat awam yang telah digred semula mengikut keperluan organisasi.

Maksudnya kalau ambil gred bawah sekali iaitu Pelaksana, seseorang yang sekarang ini hanya bertugas sebagai pemandu, kenalah ada multiskill, mampu buat kerja tambahan yang lain seperti jadi tukang bancuh kopi, tukang photostat, tukang taip, tukang angkat telepon dan lain-lain lepas ini.

3) Skim SBPA Gaji Baru 2012. Penilaian Markah Penjawat Awam

Bagi sistem gaji SBPA yang baru ini, markah penilaian akan menentukan kenaikan gaji penjawat awam. Secara kasar akan dinilai seperti berikut :

Markah 95% keatas – kenaikan gaji adalah 15 %
Markah 85%-95% – kenaikan gaji adalah 8%
Markah 75 % – tiada kenaikan
Markah 70 % – disyorkan tamat perkhidmatan



4) Jadual Gaji SBPA 2012 Baru : Sistem Gaji Baru

Mengikut formula yang digunakan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) selepas menjalankan kajian, secara kasarnya, gaji penjawat awam bermula daripada jawatan KSN adalah seperti berikut :


Ketua Setiausaha Negara – RM50,ooo
Premier – RM40,000
Jusa C – RM12,000
Pengurusan & Profesional – RM6,000
Pelaksana – RM3,000

Antara intipati pelaksanaan SBPA yang dipersetujui oleh Kerajaan adalah seperti berikut:


1. Pelaksanaan transformasi Perkhidmatan Awam melalui lima (5) inisiatif iaitu Perkhidmatan Awam yang kejat (lean civil service), kepimpinan dinamik, modal insan berkualiti, Perkhidmatan Awam yang fleksibel dan saraan yang kompetitif;

2. Pewujudan Pelan Induk Saraan Perkhidmatan Awam (PISA) bagi melaksanakan rombakan sistem saraan Perkhidmatan Awam secara tersusun.

3. Pengekalan prinsip-prinsip saraan yang berkuat kuasa dengan penambahan empat (4) prinsip baru iaitu kadar upah untuk kerja mengikut Kumpulan Perkhidmatan, kadar upah untuk individu berdasarkan bakat, keupayaan dan pengalaman, kadar upah untuk kerja bagi individu (subject matter expert) serta kadar upah tambahan untuk kerja mengikut prestasi;

4. Pembentukan hierarki Perkhidmatan Awam yang terdiri daripada empat (4) peringkat iaitu Kumpulan Premier, Kumpulan Pengurusan Tertinggi, Kumpulan Pengurusan dan Profesional,serta Kumpulan Pelaksana yang menggantikan Kumpulan Sokongan;

5. Peruntukan gaji secara single point tanpa Kenaikan Gaji Tahunan kepada Kumpulan Premier dan konsep Jadual Gaji Minimum-Maksimum kepada Kumpulan Pengurusan Tertinggi dengan Kenaikan Gaji Tahunan diberi mengikut pencapaian prestasi;

6. Peruntukan Jadual Gaji Sebaris kepada pegawai dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional, serta Kumpulan Pelaksana;

7. Pelaksanaan enam (6) strategi untuk merealisasi inisiatif Perkhidmatan Awam yang kejat iaitu kawalan saiz Perkhidmatan Awam (right-sizing), kajian pertindihan fungsi antara agensi (duplication), penjajaran fungsi utama perkhidmatan (realignment), perkhidmatan yang boleh diserah urus (outsourcing), perekayasaan proses kerja (business process reengineering) dan kajian semakan skim perkhidmatan (revision);

8. Penambahbaikan laluan kerjaya Pegawai Perkhidmatan Pendidikan melalui pelaksanaan konsep Guru Wibawa dan Pendeta Guru dengan memberi fokus kepada Laluan Pengajaran dan Pembelajaran (LPDP);

9. Penambahbaikan laluan kerjaya pegawai dan anggota dalam Senarai Tugas Am ATM berdasarkan subject matter expert

dalam bidang-bidang kritikal dengan diberi kenaikan gred gaji tanpa bersandarkan kepada pangkat;

10. Pemberian peningkatan gred gaji yang setara dengan gred kenaikan pangkat tanpa dinaikkan pangkat ke jawatan kosong kepada pegawai yang diiktiraf sebagai subject matter expert;

11. Pengenalan Program Bersepadu Pembangunan Kompetensi (PROSPEK) yang mengandungi dua (2) komponen iaitu Penilaian Kompetensi dan Potensi (PKP), dan Program Pembangunan Kompetensi dan Potensi (BKP) bagi menggantikan Penilaian Tahap Kecekapan;

12. Perluasan pemberian kemudahan Cuti Belajar Bergaji Penuh kepada pegawai dalam Kumpulan Pelaksana bagi membolehkan pegawai mengikuti latihan kemahiran di bawah program SkillsMalaysia;

13. Pengekalan prinsip-prinsip pemberian elaun sedia ada dan penambatan kadar bagi empat (4) elaun yang pada ketika ini kadarnya ditentukan berdasarkan gaji iaitu Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal, Bayaran Insentif Subjek Pendidikan, Bayaran Insentif Wilayah dan Bayaran Insentif Pedalaman;

14. Pengekalan prinsip-prinsip pemberian kemudahan sedia ada dengan penambahbaikan melalui Program Keseimbangan Kehidupan dan Kerjaya yang memperkenalkan pelaksanaan dasar bekerja dari rumah;

15. Pemansuhan dasar pelepasan dengan izin yang diganti dengan dasar pelepasan jawatan bagi mempertingkat mobiliti pegawai dalam perkhidmatan;

16. Pelaksanaan Dasar Pemisah (Exit Policy) kepada penjawat awam yang berprestasi rendah dan mereka yang memilih untuk meninggalkan perkhidmatan;

17. Penyelarasan pencen kepada pesara Perkhidmatan Awam secara peratusan berasaskan kajian berkala kos sara hidup berkuat kuasa mulai 1 Januari 2013;

18. Peningkatan umur persaraan wajib dari 58 tahun ke 60 tahun bertujuan mengekalkan pegawai mahir di dalam perkhidmatan;

19. Pengekalan pegawai yang menolak SBPA di bawah sistem saraannya, skim perkhidmatan dan syarat perkhidmatan sedia ada (SSM)

Rabu, 7 Disember 2011

menangi VIP hOLIDAY!!!!!!

Answer two super simple questions to win a VIP holiday! profile image





Answer two super simple questions to win a VIP holiday!




Win an amazing holiday or a complete car makeover with Proton’s VIP Programme! Answer two simple questions to win a VIP holiday or share your love through words, videos or photos and you migh...
 
cara untuk join, CLICK HERE

Selasa, 6 Disember 2011

WWF-Malaysia



kepada yang sayangkan haiwan...boleh berdaftar di sini untuk volunteer

Malaysia's snorkeling destinations are in deep trouble. Act fast.

The Coral Triangle feeds 120 million people and has the highest concentration of coral species in the world. Support WWF's MYCoralTriangle Campaign: Help save the Coral Triangle and save your seafo...

menangi blackberry Hari Ini!!!!!





U -Mobile ingin menghadiahkan  TEN BlackBerry® smartphones yang boleh direbut
!!!!!!!
Peluang anda memenangi a brand new BlackBerry® smartphone apabila mendaftar secara UNLIMITED Prepaid BlackBerry® Internet Service (BIS).

Choose from:




Contest Period: 17 November – 31 December 2011




****untuk mendaftar,klik sini********


I want to win a BlackBerry Smartphone!

All you have to do is subscribe to a Prepaid BIS plan of your choice within the contest period!

Subscriptions can be made via the following channels:





Prizes

A) For Daily & Weekly subscribers:

One BlackBerry Smartphone to be given out each week



One (1) unit of BlackBerry® Torch™ 9800 (24th Nov 2011)


•One (1) unit of BlackBerry® Bold™ 9780 (1st Dec 2011)


•One (1) unit of BlackBerry® Bold™ 9780 (8th Dec 2011)


•One (1) unit of BlackBerry® Bold™ 9780 (15th Dec 2011)


•One (1) unit of BlackBerry® Bold™ 9780 (22nd Dec 2011)


•One (1) unit of BlackBerry® Bold™ 9780 (29th Dec 2011)














B) For Monthly subscribers:


Two BlackBerry Smartphones to be given out each month






•One (1) unit of BlackBerry® Torch™ 9800 (30th Nov 2011)


•One (1) unit of BlackBerry® Torch™ 9810 (30th Nov 2011)


•One (1) unit of BlackBerry® Torch™ 9800 (31st Dec 2011)


•One (1) unit of BlackBerry® Torch™ 9810 (31st Dec 2011)

Khamis, 1 Disember 2011

'GA Silaturrahim'


klik banner untuk join

due date: 19.12.2011

Insan yang istimewa dalam hidup saya: anak-anak


Ucapan : Doa ibu....
 moga korang akan menjadi anak yang soleh dan solehah kepada ibu dan abah.

Referrer: owner sendiri


tagg:

Giveaway From Korea & Sydney


klik banner untuk join

anjuran: syazanazura
due date: 25.12.2011

*hope ada luck*


TASKA OH TASKA

ASSALAMUALIKUM.....
Lama rasanya dah x bercerita di sini..
banyak hal / cerita yang berlaku sebenarnya...
tapi,xdan n xberkesempatan nak bercerita di sini..

rasanya...
baru minggu nie je betul2 duk kat office..
2 minggu sudah,memanjang je sibuknya...
dengan
latihan KAWAD KAKI....
PERSIDANGANNYA di Kelantan...
memang ler sibuk kan????

tapi,  kat sini saya bukan pasal benda tu semua...
saya nak bertanya mengenai
TAbiKA/Preschool di PUTRAJAYA  ni.
pening ler nak cari tabika  untuk anak teruna saya yang 5 tahun. 

sama ada

 TABIKA KEMAS
TABIKA PERPADUAN
TABIKA SWASTA

agak2 yang mana ok
dan pelajarannya pun bagus

ada sapa2 info x mengenainya?
tolong saya boleh....

kasi no yang boleh dihubungi
dan lagi bagus kalau tau rate dia sekali...





Khamis, 3 November 2011

ayu raudhah keguguran





Impian pasangan selebriti Ayu Raudhah dan Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak untuk menimang cahayamata sulung berkecai apabila pelakon filem ‘4 Madu’ itu mengalami keguguran . Ayu yang hamil enam minggu disahkan keguguran selepas empat hari dimasukkan ke Pusat Perubatan Subang Jaya sejak 22 Oktober lalu.


Biarpun berita gembira kehamilan Ayu baru tersebar minggu ini, namun nampaknya rezeki tidak berpihak kepada pasangan muda ini. Ayu mengalami pendarahan ketika menjalani penggambaran drama ‘Gemersik Kalbu’ untuk slot Akasia TV3
“Ya, saya mengandung enam minggu tapi sekarang dah tak ada lagi. Saya baru gugur tak sampai seminggu. Mulanya saya tak tahu saya mengandung sebab bila periksa, keputusannya negatif. Saya sekali lagi membuat ujian kehamilan dan doktor akhirnya mengesahkan saya hamil. Ketika itu garisan di alat ujian kehamilan menunjukkan dua garisan, di mana satu lagi samar-samar. Doktor beritahu kandungan saya mungkin tak kuat.


“Masa saya tahu saya mengandung, Zaquan orang yang paling gembira. Bila gugur, kesian kat dia sebab dia yang paling teruja, berganda-ganda dari saya. Tapi nak buat macam mana, dah tak ada rezeki. Bila disahkan mengandung, keesokan harinya saya pergi menjalani penggambaran drama, ‘Gemersik Kalbu’. Waktu itu saya ‘turun darah’. Saya terus pergi ke hospital. Empat hari selepas berada di hospital, baru saya disahkan gugur. Tak ada rezeki, tak apalah. Mungkin itu yang terbaik,” ujar Ayu ketika dihubungi sebentar tadi.


Apabila ditanya adakah gosip keretakan rumahtangganya baru-baru ini menyebabkan dia tertekan sehingga mengalami keguguran, Ayu memberitahu, “Tak adalah. Tak ada efek pun orang cakap macam tu. Alhamdulillah, saya bahagia sangat-sangat dengan suami.


“Kami langsung tak gaduh. Malah dia yang banyak pujuk dan kuatkan semangat saya selepas keguguran ini. Tiap-tiap malam dia teman saya di hospital walaupun sekarang dia sedang sibuk berlatih untuk perlawanan akhir Piala Malaysia esok. Saya tak hirau apa orang nak cakap tapi kami sangat bahagia,” kata Ayu yang akan menyambung penggambaran ‘Germersik Kalbu’ .

***harap,ayu dan suami tabah menghadapi ujian ini...mungkin ada hikmah disebalik apa yang berlaku.moga perkahwinan yang dibina kekal selamanya...AMIN

Kehebatan Doa Ibubapa Pada Anak

doa ibubapa pada anak amat mustajab


Sejauh mana ibubapa mengamalkan doa pada anak-anak mereka, atau berapa ramai antara kita yang mempraktikan dalam kehidupan harian mereka. Doa ibubapa mempunyai sejuta rahsia yang ramai tak ketahui dan mengambil ini sebagai peluang membina kehidupan yang hebat dan cemerlang dalam keluarga. Doa ibu pada anak atau doa bapa pada anak adalah doa yang amat mustajab. Jika doa itu baik maka baiklah anak mereka, jika doa jahat maka jahatlah anak mereka.




Sedangkan, dalam al-Quran terkandung banyak doa khusus yang boleh dibacakan ibu bapa untuk kesejahteraan anak di dunia dan akhirat, begitu juga doa bagi menyelesaikan kerenah anak bermasalah. Rasulullah SAW dalam hadis yang diriwayatkan Ibnu Majjah menegaskan tiga golongan jika berdoa pasti dimakbulkan iaitu orang dizalimi, orang musafir dan doa ibu bapa kepada anaknya.



Doa Ibubapa untuk anak mereka, seperti dalam Quran

Doa memohon rahmat, surah Ali-Imran, ayat 8-9.

doa ibubapa kepada anak

Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya


doa ibubapa kepada anak
Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkaulah yang akan menghimpunkan sekalian manusia, untuk (menerima balasan pada) suatu hari (hari kiamat) yang tidak ada syak padanya". Sesungguhnya Allah tidak memungkiri janjiNya.





Doa mohon zuriat yang baik, surah Ali-Imran (ayat 38).

doa dapat zuriat baik



Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya, katanya:" Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan

Doa anak kerjakan solat, surah Ibrahim (ayat 40-41).

doa ibubapa pada anak agar sembahyang, surah ibrahim ayat 40

Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku

doa nabi ibrahim, surah ibrahim ayat 41

"Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan" Surah Ibrahim ayat 41

Doa anak taat kepada Allah, surah Al-Baqarah (ayat 128).

doa minta keturunan yang baik



Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua: orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu, dan jadikanlah daripada keturunan kami: umat Islam (yang berserah diri) kepadamu, dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami, dan terimalah taubat kami; sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani; Al baqarah 2 : 128

Doa diberi zuriat menyejukkan mata memandang, Surah Al-Furqan (ayat 74).

al furqan 25 : 74,



Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa. Al Furqan 25 ayat 74

Doa anak pandai belajar, surah Al-Anbiya (ayat 79).
doa minta anak pandai




Maka Kami beri Nabi Sulaiman memahami hukum yang lebih tepat bagi masalah itu; dan masing-masing (dari mereka berdua) Kami berikan hikmat kebijaksanaan dan ilmu (yang banyak); dan Kami mudahkan gunung-ganang dan unggas memuji Kami bersama-sama dengan Nabi Daud; dan adalah Kami berkuasa melakukan semuanya itu. Al anbiya 21 : 79

Doa anak lembut hati, surah Al-Hasyar (ayat 22-24).


sura al hashr ayat 22


Dia lah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Mengetahui perkara yang ghaib dan yang nyata; Dia lah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. ayat 22

surah al hashr ayat 23

Dia lah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Menguasai (sekalian alam); Yang Maha Suci; Yang Maha Selamat Sejahtera (dari segala kekurangan); Yang Maha Melimpahkan Keamanan; Yang Maha Pengawal serta Pengawas; Yang Maha Kuasa; Yang Maha Kuat (menundukkan segala-galanya); Yang Melengkapi segala KebesaranNya. Maha Suci Allah dari segala yang mereka sekutukan denganNya.



Dia lah Allah, Yang Menciptakan sekalian makhluk; Yang Mengadakan (dari tiada kepada ada); Yang Membentuk rupa (makhluk-makhlukNya menurut yang dikehendakiNya); bagiNyalah nama-nama yang sebaik-baiknya dan semulia-mulianya; bertasbih kepadaNya segala yang ada di langit dan di bumi; dan Dia lah Yang tiada bandingNya, lagi Maha Bijaksana. ayat 24

Doa anak rajin sekolah, surah Taha (ayat 1-5).





Taha

surah Taha ayat 2, doa pada anak

Kami tidak menurunkan Al-Quran kepadamu (wahai Muhammad) supaya engkau menanggung kesusahan

doa ibu pada anaknya

Hanya untuk menjadi peringatan bagi orang-orang yang takut melanggar perintah. Allah

doa bapa pada anak

(Al-Quran) diturunkan dari (Tuhan) yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi.

doa ibubapa pada anaknya


Ayuh semua mari kita amal ajaran Islam yang suci ini, mari kita sama amalkan doa-doa yang mustajab ini pada anak anak kita.


Antara masalah keluarga dan anak tak dengar cakap ialah, pendekatan kita dalam mendidik. Doa ini boleh di baca bila-bila masa, atau selepas sembahyang. Jika tak mampu hafal, memadai doa mengikut makna ayat di atas.


DOA IBU BAPA PADA ANAK ADALAH ANTARA DOA YANG AMAT MUSTAJAB DAN DI PERKENAN ALLAH

Jom kita doa.

Isnin, 10 Oktober 2011

Are you the owner of the MANGO Missing Bag?

Are you the owner of the MANGO Missing Bag?: Calling all ladies out there! A mysterious bag was found in one of our MANGO stores. We are looking for the person who owns this bag because its contents are simply too precious to lose! Wondering what's inside? Let's find out!

Find out what thousands of bloggers will be posting up this 16th of October!

Find out what thousands of bloggers will be posting up this 16th of October!: Last year, Blog Action Day 2010 brought together 10,000 bloggers from all around the world to blog about one global topic -

Jumaat, 7 Oktober 2011

PILIH HADIAH YANG ANDA MAHUKAN!!!!!

Anda Dah Mendaftar Dengan SAYS.MY?
Sekiranya Masih Belum Mendaftar,Daftar Sekarang!!!!!
Kerana Terdapat Pelbagai Hadiah Menarik Boleh Dimenangi...

Nak Daftar, Klik Disini
http://says.my/umiliza989/invite

pendaftaran adalah melalui fb...sing up dengan fb...

kemudian,barulah korang boleh pilih hadiah mana yang korang ingin menangi...
1) kalau nak menang ipad2:
klik link ini:

http://says.my/social-good/ipad-2/umiliza989

2) kalau nak menang psp:

http://says.my/social-good/psp-3006/umiliza989

3) voucher calvin klein

http://says.my/social-good/rm500-calvin-klein-voucher/umiliza989

4) samsung galaxy

http://says.my/social-good/samsung-galaxy-s-ii/umiliza989

dan pelbagai hadiah lagi yang boleh dimenangi...
yang penting,korang kena daftar dahulu...
kalau xdaftar,memang xleh ar nak menang..

100 PLUS Infinity Challenge Online Game

assalamualaikum dan salam sejahtera...


macam mana perjalanan kerja harian korang semua hari ini?
ok / tidak?
kerana lama dah tak berentry...
jadi,permulaan entry liza untuk hari ini adalah mengenai contest 100 PLUS
kepada yang dah melihat contest ini tapi belum join..
ape kata korang join sekarang...
hadiah yang ditawarkan amat menarik
iaitu wang tunai sehingga RM50,000.00

contest ini berlangsung dari?:

19 september 2011- 13 november 2011

ape yang korang perlu buat adalah
klik 'like' di fb page n ikut arahan yang seterusnya...

Khamis, 6 Oktober 2011

Dapatkan hadiah-hadiah ini secara berkongsikan niat murni kemasyarakatan dan badan-badan bukan berasaskan keuntungan dengan rakan-rakan anda!

assalamualaikum semua..

hari nie liza nak kongsi sedikit maklumat yang za dapat...
nak tanya dulu,sape yang pernah dengar / layari web ini?
says.my...
korang tahu x ape fungsi says.my nie?
ok,ape yang za tahu,web ini xubah seperti laman pengiklanan churpchurp juga..
kalau korang xpercaya,korang boleh daftar dulu kat sini dan buat perbanding...

tapi,yang lagi bestnya,
akan ada 2 pemenang menerima hadiah2 menarik sekiranya dapat tarik lagi ramai rakan-rakan mendaftar..
ape hadiahnya,korang kena daftar dulu.
yang pasti,hadiahnya memang berbaloi...
tarikh berlangsung adalah dari:
12 september - 19 oktober...

jadi,ape tunggu lagi..
jom join sekarang...
banyak iklan2 sedang berlangsung sekarang..

kalau rajin,korang like lah page nie ye:

http://says.my/umiliza989/bango-bag
http://says.my/umiliza989/teh-tarik-finder-app
http://says.my/umiliza989/mastercard
http://says.my/umiliza989/blackberry-rim
http://says.my/umiliza989/boustead
http://says.my/umioiza989/startup-malaysia

Jumaat, 23 September 2011

Duet Tomok & One Night Only



Sejak bergelar suami, rezeki Tomok cukup murah. Selepas dilaporkan bakal berlakon dalam filem arahan Bernard Chauly ('Pisau Cukur') berjudul 'Istanbul Aku Datang' bersama Lisa Surihani, Tomok kini diberi peluang mengembangkan kerjaya nyanyiannya ke peringkat antarabangsa.


Melalui kempen Buka Semangat, satu initisiatif di antara TV3 dan Coca Cola, pemenang musim ketiga One In A Million ini akan berduet dengan band indie Inggeris, One Night Only (ONO). Malah mereka akan tampil dengan sebuah klip video.

"Saya sangat teruja dengan peluang yang diberi sebab saya tak pernah terbayang saya akan berduet dengan artis antarabangsa," luah Tomok yang terikat kontrak selama enam bulan bermula 1 September untuk kempen ini.
"Saya melangkah ke satu tahap lagi dalam karier saya. Saya akan bekerja lebih keras dan memberi 100% dari segi nyanyian. Saya tidak akan menghampakan peminat dan rakyat Malaysia.

"Saya berharap kisah saya akan menjadikan anak-anak muda lebih bersemangat dalam menghadapi cabaran, supaya lebih maju di masa depan dalam apa jua bidang. Saya akan menjadi inspirasi buat semua," janjinya semalam selepas sidang media Semangat Inspirasi.

 
Majlis tersebut turut dihadiri Rommel Fuentebella, ketua integrasi pemasaran komunikasi dan pengaktifan, Coca Cola Far East Limited, Malaysia/Singapura/Brunei dan Lam Swee Kim, ketua pengurus besar integrasi pemasaran Media Prima Berhad.


Menyentuh tentang keserasian di antara dirinya dan ONO, kata Tomok, "Jika dilihat dari genre muzik, koloborasi kami 100% sesuai, tiada masalah."

"Tak sabar sebenarnya nak bekerjasama dengan mereka, berkongsi pengalaman dan idea. Saya percaya koloborasi ini akan menjadikan saya lebih kreatif," tambahnya yang akan berangkat ke England pada 19 Oktober depan selepas menjalani penggambaran 'Istanbul Aku Datang' di ibu negara Turki.

Mengikut perancangan, Tomok akan merakam versi Bahasa Malaysia lagu "Can You Feel It Tonight" pada minggu depan. Ia dijangka mula diputarkan awal bulan depan. Versi Inggerinya sudah pun kedengaran di corong-corong radio.

Tomok juga akan menjalani penggambaran klip video untuk lagu nukilan Shah Shamshiri itu di Kuala Lumpur (KL). Di England nanti, kerja rakaman dan syuting klip video disambung, kali ini merakamkan nyanyian Tomok bersama ONO.



Selama empat harinya di sana, Tomok dijadualkan membuat lintas langsung ke program 'Quickie' di 8TV dan mengadakan satu sesi 'live chat'.
 

 
Kemuncak kempen merupakan konsert besar-besaran yang bakal diadakan pada Disember ini, di empat lokasi secara serentak iaitu KL, Pulau Pinang, Sabah dan Johor. Konsert di KL akan menampilkan Tomok bersama ONO.

Hans Issac Bela Anak Yatim?



sumber: gua.com

Sebak GUA apabila mendapat khabar berita ini. Sewaktu GUA menghadiri majlis berbuka puasa anjuran Tall Order Productions hujung minggu lalu, satu cerita telah disampaikan oleh sumber terdekat dengan syarikat produksi tersebut ke telinga GUA. Sewaktu khusyuk mendengar cerita yang disampaikan oleh sumber terdekat kepada pelakon dan pengarah tinggi lampai itu, terdetik perasaan sebak pada hati GUA.
Memang Hans ada merancang untuk mementaskan semula teater Lat The Musical pada tahun 2013. Memang jauh lagi tarikhnya, namun yang buat GUA sebak apabila produksi milik Hans itu berhasrat untuk menawarkan peluang kepada anak-anak yatim yang berada di rumah-rumah kebajikan sekitar Kuala Lumpur untuk terlibat sama dalam pementasan musim kedua teater muzikal yang diterajui oleh bintang rock terkenal, Awie.

Bagi yang telah menonton pastinya sedar akan wujudnya watak-watak kanak-kanak sewaktu Lat berada di kampungnya di Ipoh. Memang sesuai sekalilah apabila anak-anak golongan yang kurang bernasib baik ini diberikan peluang sedemikian. Sumber terdekat dengan Hans itu turut menyatakan besar hasratnya jika impian itu akan terlaksana. Setidak-tidaknya syarikat produksi yang pernah mementaskan Cuci The Musical dan Lat The Musical itu tidak mengenepikan golongan yang tidak bernasib baik.
Pihak syarikat produksi dikatakan akan pergi sendiri ke rumah-rumah anak yatim sekitar Kuala Lumpur untuk menguji bakat kanak-kanak yang ada di situ. "Mereka tidak perlu datang mencari kami, sebaliknya kami yang akan mencari mereka," itulah yang diluahkan kepada GUA. Begitulah luhurnya budi yang dicurahkan oleh tenaga di belakang tabir di syarikat produksi tersebut.
Dengan peluang yang diberikan ini, sekurang-kurangnya mereka akan dapat mencungkil bakat-bakat terpendam yang selama ini tidak begitu diberikan perhatian. Moga usaha pembelaan golongan yang kurang bernasib baik ini dapat dilanjutkan oleh syarikat-syarikat produksi yang memerlukan pelakon kanak-kanak di masa akan datang.

GUA sendiri pastinya akan menyokong usaha yang cuba dilaksanakan oleh Tall Order Productions ini kerana GUA melihat ada baiknya kepada industri seni tanahair. Anak-anak yatim yang memiliki bakat untuk digilap sebagai pelakon sekurang-kurangnya nampak sinar dalam masa depan perjalanan hidup mereka.

Foto Pra Perkahwinan Norman Hakim & Memey Suhaiza Versi Kualiti Tinggi.


Paparan gambar selingan foto pra perkahwinan Norman Hakim & Memey Suhaiza daripada Annas Easkey benar-benar mengagumkan kami. Kalau dibandingkan dengan beberapa gambar pra perkahwinan yang tersebar di laman blog sebelum ini, bagaikan langit & bumi. Lagipun, Annas Easkey merupakan jurufoto rasmi majlis perkahwinan Norman Hakim & Memey Suhaiza, sudah semesti kerjanya kena tip top!
Gambar-gambar ini diambil ketika sesi fitting baju persandingan & photoshoot bersama media yang berlangsung di butik Rizman Ruzaini. Enjoice!
Sedikit info. Norman Hakim & Memey Suhaiza akan melangsungkan majlis pernikahan mereka pada 24 September di rumah pengantin perempuan, Felda Tenggaroh, Johor. Majlis resepsi akan diadakan pada keesokan harinya di tempat yang sama, serta resepsi kedua di Crowne Plaza Mutiara Kuala Lumpur pada 28 September 2011.


Foto Pra Perkahwinan Memey Suhaiza & NormanFoto Pra Perkahwinan Memey Suhaiza & Norman

Foto Pra Perkahwinan Memey Suhaiza & NormanFoto Pra Perkahwinan Memey Suhaiza & Norman
Foto Pra Perkahwinan Memey Suhaiza & NormanFoto Pra Perkahwinan Memey Suhaiza & Norman

sumber: ohbulan

Khamis, 22 September 2011

Azad Sebak Ketika Akad Nikah



Suami kepada pelakon Eira Syazira yang juga merupakan pelakon filem Ngangkung, Azad Jazmin dilihat menitiskan airmata sejurus selesai upacara akad nikah mereka, Jumaat lalu. Azad atau nama sebenarnya, Azad Jazmin John Louis Bin Jeffri ketika ditemui memberitahu,beliau tidak dapat menahan sebak kerana terkenangkan arwah adiknya, Nizar Jeffri.


“Pernikahan ini satu yang dituntut oleh Islam. Alhamdulillah, kami dapat melaksanakan majlis ini setelah banyak dugaan yang dilalui. Hari ini merupakan detik saya menjadi suami dan pada saya, ini yang saya nantikan selama tiga tahun.

“Perkahwinan ini membuat saya gembira. Namun, dalam pada masa yang sama saya sedih kerana terkenangkan arwah adik saya yang tidak ada bersama pada hari bahagia saya,” ujar Azad ketika ditemui di kediaman pengantin perempuan, di Putrajaya.

Eira yang duduk di sebelah Azad turut menambah, “Masa kenal Azad, Eira memang rapat dengan arwah. Eira masih ingat lagi arwah beritahu, dia nak sangat tengok kami berdua berkahwin. Harap dengan perkahwinan ini, arwah akan gembira walaupun dia tidak ada di sini lagi.”





Adik Azad, Nizar atau lebih mesra dengan panggilan Boboy meninggal dunia akibat paru-paru berair pada tahun lepas, iaitu pada hari ketiga Aidiladha. Boboy pernah muncul dalam filem arahan Farid Kamil, Kongsi bergandingan bersama abangnya.


Berbicara mengenai perancangan selepas perkahwinan, Eira mengakui akan meneruskan kerjaya seninya seperti biasa. Pasangan ini juga memberitahu akan berangkat ke Bali dan Jakarta untuk berbulan madu. Ketika ditemui, pasangan yang muncul dengan lagu duet berjudul, “Lagu Jiwa” ini juga mengakui tidak merancang soal cahayamata dan menyerahkan segalanya kepada Allah.
“Kami akan berangkat ke Bali dan Jakarta pada bulan November ini. Kami ke sana bukan saja untuk berbulan madu tapi juga untuk bekerja. Ini kerana, bulan madu kami ditaja oleh sebuah syarikat bagi mempromosikan album baru saya.
“Selepas bergelar isteri, kerjaya saya masih berjalan seperti biasa. Azad memang terbuka dan dia tidak kisah jika Eira masih bekerja. Asalkan Eira tahu batas sebagai seorang isteri, sudah memadai. Eira juga dalam perancangan untuk membuka perniagaan butik tidak lama lagi. Mengenai anak, kami tidak merancang dan letakkan apa-apa had.”
Ditanya tentang apa keistimewaan Eira sehingga membuatkannya jatuh hati kepada pelakon Cinta Balqis itu, Azad memberitahu, “Dia perempuan Melayu terakhir di dunia ini. Saya suka cara sopan santun dia terhadap saya. Selain itu, banyak benda yang saya tertarik dengan Eira ini.”
Eira pula ketika ditanya soalan yang sama, secara ringkas menjawab, “He’s my everything.”
Pasangan ini akan diraikan pada majlis resepsi sebelah pihak perempuan pada 19 November 2011 di kediaman keluarga Eira manakala majlis sebelah lelaki pula di Pulau Pinang pada 26 November 2011.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...