Memaparkan catatan dengan label kisah hidup. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kisah hidup. Papar semua catatan

Rabu, 25 April 2012

Subhanallah.. Bayi 6 Kaki Selamat Dibedah & 4 Kaki Berjaya Dibuang

Keajaiban dan kekuasaan Allah s.w.t...
pelbagai kejadian kita lihat pada masa kini..
dan ada saya terima satu email mengenai
kelahiran budak bekaki Enam (6) di PAKISTAN
yang selamat menjalani pembedahan..




KARACHI: Sekumpulan pakar bedah di Institut Kesihatan Kebangsaan di sini mengumumkan kejayaan mereka membuang dua pasang kaki milik seorang bayi berusia dua minggu, Umar Farooq, yang dilahirkan mempunyai enam kaki, lapor halaman berita Pakistan, Dawn.com.

“Sekumpulan lima doktor pakar, berjaya memisahkan kaki dan anggota tambahan dari bayi berkenaan. Dia kini dalam keadaan selamat,” kata pengarah Institut Kesihatan Kanak-Kanak Kebangsaan, Jamal Raza kepada Dawn.com.

“Anggota tangan dan kaki tambahan itu adalah disebabkan sejenis penyakit genetik yang akan menjejaskan hanya seorang dalam sejuta kelahiran bayi.

Farooq dilahirkan dua minggu lalu di Sukkur, sebuah bandar di wilayah selatan Sindh, dan anak kepada satu pasangan yang mempunyai pertalian sepupu, kata New York Daily News.

Bayi berkenaan terus bertarung nyawa sebelum dikejarkan ke hospital di Karachi.

Ketika doktor mendapatkan nasihat pakar asing mengenai cara terbaik merawat bayi terbabit, bapanya, seorang juruteknik X-ray, Imran Shaikh, merayu kepada kerajaan dan beberapa pertubuhan kebajikan untuk membiayai bayaran perubatan anaknya itu, lapor Pakistan Observer.

Shaikh bernasib baik apabila gabenor Sindh, memberitahu doktor bahawa kos perubatan bayi berkenaan akan ditanggung kerajaan.

“Kami datang daripada keluarga miskin. Saya berterima kasih kepada kerajaan kerana membantu kami merawat bayi kami,” kata Shaikh kepada Observer selepas pembedahan selama beberapa jam pada Khamis.

Dr Raza berkata, lebihan anggota badan itu adalah disebabkan satu keadaan dipanggil polymelia, yang berpunca daripada sel yang tidak membentuk dengan sempurna ketika perkembangan embrio. Beliau menerangkan bahawa bayi terbabit pada awalnya berkembang sebagai kembar bercantum tetapi satu daripada kembarnya berhenti membesar dan hancur kecuali bahagian kakinya yang masih lagi terus melekat pada janin.

“Memang ajaib dan luar biasa bagi bayi dengan enam kaki untuk menjadi normal seperti kanak-kanak lain,” kata Raza kepada International Business Times.

“Sebelum pakar bedah boleh melakukan pembedahan mereka perlu mencari anggota mana milik bayi itu dan mana pula milik kembarnya.”

Berdasarkan satu kajian pada 2010 yang disiarkan Journal of Petiatric Surgery, kadar anggaran kembar bercantum adalah satu bagi satu juta kelahiran. Lebih banyak kes dilihat di Afrika dan Asia, di mana keluarga kurang mempunyai kemudahan bagi ujian pranatal.








Isnin, 19 Mac 2012

BANTULAH ROSSANAH ~ meronta rindui anak walau NAZAK


bila baca kisah nie...sedih rasa.seorang ibu yang melahirkan 4 orang anak...tapi xdapat hidup dengan mereka selama lebih kurang 10 tahun kerana bapa bawa anak dan tinggalkan si ibu di rumah keluarganya...

KUALA LUMPUR: “Sebelum adik saya menghembuskan nafas terakhir, hanya satu harapannya iaitu ingin berjumpa semula dengan empat anak lelakinya selepas terpisah sejak 10 tahun lalu. 

“Bantulah kami supaya harapan terakhirnya itu tercapai,” kata Hashimah Abdul Manan, 51, kakak kepada seorang pesakit barah hati yang kini nazak dan terlantar di sebuah sebuah pusat perubatan di ibu kota.

Hashimah berkata, adiknya, Rossanah, 44, disahkan doktor menghidap barah hati tahap akhir kira-kira tiga minggu lalu dan sejak itu dia hanya terbaring di katil hospital serta bergantung pada alat bantuan pernafasan untuk meneruskan kehidupan.
Menurutnya, Rossanah yang lebih mesra dipanggil Ros terpisah dengan empat anaknya itu selepas dibawa bapa mereka.

“Ketika kejadian 10 tahun lalu, adik saya ada masalah dengan suaminya, tapi kami adik-beradik tak tahu apa puncanya.

“Ros dihantar suaminya ke rumah ibu bapa kami di Setapak manakala anak mereka yang ketika itu berumur tiga hingga 10 tahun dibawa bersama lelaki itu. “Ketika itu, kami tidak mengesyaki apa-apa. Tidak sangka selepas itu, dia tidak pulang mengambil isterinya,” kata Hashimah ketika ditemui Harian Metro, semalam. Menurutnya, sejak kejadian itulah hubungan Ros dengan anaknya terputus dan usaha wanita itu serta anggota keluarga lain mencari mereka gagal.

Hashimah berkata, empat anak lelaki Ros ialah Asymawi Zulkifli yang kini berusia 20 tahun, Muhammad Arif Zulkifli, 18, Muhammad Asyraf, 15, dan Aminuddin Zulkifli, 13.
“Sebelum nazak, Ros memberitahu dia terlalu rindu dan ingin sangat bertemu dengan empat anaknya, malah dia selalu menyebut nama mereka,” katanya.

Mengimbas kisah hidup Ros, Hashimah berkata, sejak berpisah dengan suami dan anaknya, hidup adiknya itu menjadi tidak menentu dan kesihatannya juga terjejas. Menurutnya, daripada seorang yang ceria dan peramah, Ros bertukar menjadi pendiam dan mengalami tekanan perasaan hingga terpaksa dibekalkan ubat penenang.

“Sehinggakan apabila bertemu anak keempat saya yang lebih kurang dengan umur anaknya, Ros akan menangis kerana terlalu merindui anaknya.

“Ros suka memendam perasaan dan jarang sekali dia menceritakan masalahnya, tapi saya mengetahui jauh di dalam hatinya dia begitu berharap dapat bertemu semula dengan anaknya,” katanya.

Hashimah berkata, penyakit adiknya yang juga anak kelima daripada lapan beradik itu hanya dikesan tiga minggu lalu dan ketika itu ia sudah di tahap akhir, itu pun selepas keluarga memaksanya menjalani pemeriksaan kerana keadaan kesihatannya makin merosot.

“Saya amat berharap agar permintaan terakhir Ros dapat menjadi kenyataan. Biar apapun masalah antara dia dan suaminya dulu, kami harap ia dapat dilupakan kerana kami tidak tahu berapa lama masa lagi yang dia ada sebelum menghembuskan nafas terakhir,” katanya.

petikan : metro online

berharap sgt kawan2 alam maya yg lain dapat menghebahkan berita yg sgt2 menyedihkan ini ..

permintaan terkahir rossanah yg ingin bertemu anaknya .. sgt2 meruntun jiwa ini melihatkan pertarungan nyawa kak rossanah kerana terlalu merindui anak2 nya , dia tabah menanti dan sentiasa menyebut nama anak2nya ..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...