Khamis, 26 April 2012

Johan buat Zizan nangis



MEREKA mempertaruhkan bakat komedi dalam diri masing-masing dalam program realiti Raja Lawak secara solo tetapi kini cukup dikenali sebagai kumpulan duo yang mempunyai ramai peminat.Mohamad Yazid Lim Mohamad Aziz atau Johan dan Razizan Abd Razak (Zizan) sangat sinonim dengan kumpulan Jozan apabila mereka diberi kepercayaan mengendalikan program Raja Lawak.Mereka diingati sebagai pasangan hebat kerana gabungan mereka membuatkan lawak ditampilkan berjaya mencuit hati.Populariti mereka itu juga dipertaruhkan untuk menjayakan program Maharaja Lawak. Walaupun gagal merebut gelaran juara, Jozan terus diingati sebagai pelawak berkumpulan walaupun hakikatnya, Johan dan Zizan melangkah dalam dunia seni sebagai individu dan mempunyai peminat berbeza. Buktinya, jika tahun lalu Zizan diangkat peminat untuk anugerah Pelakon Komedi Lelaki Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 (ABPBH2010), tahun ini peminat memilih Johan pula manakala Zizan diangkat Pengacara TV Lelaki Popular meruntuhkan dominasi Aznil Nawawi untuk lapan tahun berturut-turut.Apakah kejayaan Johan merampas trofi dari Zizan akan membuatkan Jozan berpecah? Mungkin itu persoalan yang bermain di fikiran peminat selepas ABPBH2011 berakhir. Bagaimanapun, Johan dan Zizan menegaskan tidak akan timbul isu berpecah membabitkan Jozan kerana mereka tidak pernah bergabung sebagai satu kumpulan.Kata Johan, sewaktu menyertai Raja Lawak masing-masing muncul secara solo tetapi melihat bakat mereka berdua, Astro menggabungkan mereka membentuk Jozan untuk mengendalikan program Raja Lawak.“Apa yang kami persembahkan mendapat sambutan baik daripada penonton hinggakan kami banyak menerima tawaran mengadakan persembahan bersama. Saya sendiri selesa bekerja berdua kerana percantuman idea menjadikan lawak ditampilkan lebih kelakar.“Waktu sama, saya tidak pula menghadkan rakan kerja. Selain Zizan, saya juga tiada masalah bekerja dengan pelawak lain sama ada dalam filem, drama atau persembahan pentas,” katanya ketika ditemui di majlis meraikan kejayaan mereka di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011(ABPBH2011) anjuran Astro baru-baru ini.Mengenai resipi dalam menjaga hubungan baik sepanjang bekerjasama dengan Zizan, terang Johan, perkara pertama yang sering ditekankan adalah bertindak jujur dan mengakui kesilapan yang dilakukan.“Apabila kita jujur dan tidak membawa beban membabitkan kesilapan yang dilakukan sebelum beraksi, ia akan membuatkan seorang pelawak itu berlawak dengan lebih ikhlas. Perkara itu secara tidak langsung membuatkan penonton mudah menerima dan faham apa yang ingin kita sampaikan.“Rutin biasa kami lakukan sebelum mengadakan persembahan adalah bersalaman dan berpelukan antara satu sama lain. Selain itu, sebelum mengadakan persembahan kami akan berdoa. Waktu inilah, saya akan dapat lihat sisi berbeza Zizan, dia biasanya akan menangis sepuas-puasnya sebelum tampil ke pentas,” katanya.Zizan pula menjelaskan, dia menjaga hubungan baik sepanjang bekerja dengan Johan dengan memastikan dirinya tidak terlalu baik dan rapat dengan teman kerjanya.“Walaupun tidak rapat, tetapi sesekali kami akan berhubungan. Saya berbuat begini kerana biasanya kalau kita terlampau rapat, sikap baik dan buruk akan mudah nampak. Apapun, saya sayangkan Johan kerana setiap kali antara kami punya sejarah. Kami sudah lalui susah senang bersama,” katanya.Mengenai pengakuan Johan mengatakan Zizan menangis sepuas-puasnya sebelum tampil ke pentas membuat persembahan, kata Zizan, perkara itu berlaku apabila Johan memulakannya dengan bacaan al-Fatihah.“Johan akan meminta kami sedekahkan al-Fatihah yang dibaca kepada diri sendiri. Dalam doa itu juga, Johan mahu kami ingat apa yang kita lakukan (bekerja atau berlawak) adalah untuk keluarga dan diri sendiri. “Apabila ritual ini dibuat, ia akan menjadikan kita bekerja dengan ikhlas.“Keikhlasan itu juga yang membuatkan apa yang kami lakukan, terutama membabitkan persembahan pentas menjadi sempurna.“Saya sendiri secara peribadi, suka akan apa yang dilakukan Johan untuk Jozan,” katanya

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...