Khamis, 22 September 2011

Syazwan Zulkifly (Apek Juvana) & Adik Ipar Fouziah Gous Kemalangan Kereta!


Baru-baru ini, kita dikejutkan dengan berita Fouziah Gous & Iqram Dinzly mengalami kemalangan ketika dalam perjalanan ke majlis amal.




Namun pagi tadi, kami menerima satu lagi kejutan, Syazwan Zulkifly yang popular dengan watak Apek dalam drama Juvana mengalami kemalangan kereta pada pukul 1 pagi tadi bersama adik ipar Fouziah Gous.



Ketika dilanggar, mereka dalam perjalanan ke Cheras dari Damansara. Tiba-tiba, sebuah kereta memandu laju dan masuk ke lorong mereka ketika sedang memandu. Difahamkan, kereta Proton Gen-2 Syazwan yang baru dibeli tidak sampai sebulan itu berpusing dan terus melanggar pembahagi jalan.



Syazwan yang terkejut dengan kemalangan itu turut berkata,



“Pada mulanya saya agak terkejut dengan kejadian ini, tapi saya bersyukur bila memikirkan yang kami berdua masih selamat.”

syazwan zulkifly kemalangan keretasyazwan zulkifly kemalangan kereta 3

SUMBER: OHBULAN

Bajet 2012: Najib kaji bonus lumayan atau naik gaji sektor awam



KUALA LUMPUR, 22 Sept — Datuk Seri Najib Razak sedang mempertimbangkan bonus lumayan atau kenaikan gaji bagi 1.3 juta kakitangan kerajaan — bakal diumumkan menerusi Bajet 2012 untuk menangani kenaikan kos sara hidup dan juga menjamin sokongan tenaga kerja sektor awam pada pilihan raya umum ke-13.




The Malaysian Insider difahamkan perdana menteri telah meminta Kementerian Kewangan agar mengkaji kos kedua-dua opsyen itu.



Langkah itu mirip pendekatan diambil bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 2007, setahun sebelum menjelang pilihan raya umum ke-12.



Ketika itu Abdullah mengumumkan kenaikan gaji bagi 1.02 juta kakitangan awam sehingga 35 peratus dan menaikkan kadar bantuan sara hidup sebanyak 100 peratus.



“Najib sedang mempertimbangkan bonus satu bulan setengah untuk dibayar akhir tahun ini atau menaikkan gaji apabila mengumumkan Bajet 2012. Ia bajet menggunakan segala wang yang ada,” kata satu sumber kepada The Malaysian Insider.



Najib (gambar) yang juga Menteri Kewangan akan membentangkan Bajet 2012 pada 7 Oktober ini.



Bulan lalu, kerajaan membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam. Kerajaan juga bersetuju memberi bayaran khas sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.



Perdana Menteri berkata, kerajaan berharap pemberian bonus dan bayaran khas ini dapat meringankan beban penjawat awam dan pesara kerajaan dan membantu mereka membuat persediaan menyambut Aidilfitri. Ia melibatkan kerajaan kos RM2 bilion.



Kakitangan awam lazimnya dilihat sebagai asas sokongan bagi Barisan Nasional (BN) tetapi perikatan itu berhadapan dengan prestasi buruk pada Mac 2008 meskipun Abdullah mencatatkan penguasaan 91 peratus kerusi di Parlimen.



Najib berusaha untuk keluar daripada situasi 2008 dengan mengumumkan beberapa pembaharuan termasuk mahu memansuhkan beberapa undang-undang termasuk Akta Keselamatan Dalam Negeri sebagaimana diumumkan Khamis lalu.



“Perdana Menteri perlu mengatasi isu-isu asas termasuk ekonomi. Bajet akan mengatasi isu sara hodup selepas pemotongan subsidi baru-baru,” kata satu lagi sumber kepada The Malaysian Insider.



Baru-baru ini Cuepacs, kesatuan sekerja induk sektor awam, menuntut bonus dua bulan.

Tiz Zaqyah Bawa Watak Mangsa Rogol Dalam Drama Terbaru, “Soffiya”.



ok,
Siapa tidak kenal gadis jelita ini? Tiz Zaqyah, 23, mula dikenali ramai melalui filem Gol & Gincu dan juga drama yang berjaya menarik ramai penonton, Nur Kasih. Tiz akan muncul dalam drama terbaru bertajuk “Soffiya” terbitan Filmscape dan digandingkan bersama Fizo Omar.




Dalam drama ini, watak Soffiya yang dibawakan oleh Tiz Zaqyah adalah watak yang mengalami banyak masalah dan pernah dirogol oleh bapa kandung sendiri. Ditanya apakah perasaan ketika menjalani penggambaran drama ini, Tiz menjawab, “Saya selesa membawa watak Soffiya sebab bagi saya, watak yang mencabar memberikan saya kepuasan untuk berkarya.”



Pertama kali membintangi drama sebagai mangsa rogol, Tiz memberitahu kami, “Watak rogol adalah watak yang agak susah untuk didalami. Saya perlu menghayati scene itu dan bagaimana reaksi saya apabila dirogol oleh ayah sendiri. Saya perlu agresif dan mengawal emosi sebaik mungkin menggunakan imaginasi saya.”



Dia turut mengaku bahawa dia terpaksa menonton kembali filem-filem yang mempunyai adegan dirogol agar dia dapat memberikan 100% usaha dan dia juga berterima kasih kepada pengarah dan krew-krew filem yang memberikannya tunjuk ajar.



Apabila ditanya adakah drama ini akan mendapat sambutan seperti drama Nur Kasih, Tiz menambah, “Saya percaya kalau jalan cerita menarik, orang akan tengok cerita itu. Bukan atas dasar lakonan seseorang kerana setiap pelakon ada peranan masing-masing untuk menghidupkan sesebuah cerita.”



Sebelum ini, Tiz telah memadam akaun Twitter-nya dan meninggalkan followers-nya tertanya-tanya. Dia terpaksa memadam akaun tersebut kerana dia takut jika terlampau banyak pujian, dia akan hilang fokus dan over-confident.



“Saya padam akaun twitter saya kerana saya mahu lebih fokus terhadap kerjaya saya. Sebab twitter inilah saya pernah digosipkan sebagai artis yang selalu dengan telefon. Pada hal saya sibuk ber-tweet bersama peminat-peminat saya.” katanya sambil ketawa.

JOM CUCI MATA TENGOK GAMBAR2 YANG LAIN
tiz-zaqyahtiz-zaqyah 7

tiz-zaqyah 8tiz-zaqyah 6tiz-zaqyah 5

SUMBER: OHBULAN

Eksklusif Foto : Kad Kahwin Nabil & Zira Tampil Konsep Buku Cerita Dongeng.



“Kad Lestari" bersyukur apabila dipilih oleh pasangan Nabil & Zira sebagai pereka kreatif untuk kad kahwin yang unik ini. Apa yang unik? Kami tekankan konsep buku cerita, berkisah dongeng bagi menepati tema Wonderland sempena majlis resepsi mereka yang diadakan pada 2 Oktober nanti,” kata Jamil Ismail, pengurus Kad Lestari.




“Atas kepercayaan yang diberikan oleh Nabil & pihak Festival Pengantin, pasukan kami dengan bantuan artis karikatur, Joey berjaya menyiapkan cetakan kad termasuk perahan idea dalam masa 3 hari sahaja. Konsep buku dongeng turut dititikberatkan, contohnya muka depan memaparkan ‘edisi resepsi’ sebagai tajuk, muka belakang memaparkan doa sebagai penganti sinopsis. Selain itu, cop ISBN dan pencetak menonjolkan lagi identiti sebuah buku.”



“Kualiti cetakan amat dijaga. Setiap cetakan di-laminate dan dilekatkan pada cip keras,” jelas Jamil lagi.














“Perpisahan Tak Buat Saya Tertekan” – Marsha Milan Londoh

sesi sidang media bersama Marsha Milan Londoh berlangsung di Alibi Music, Bangunan KLK, Mutiara Damansara. Sidang media ini dibuat bagi menjelaskan kepada peminat berkenaan insiden dimasukkan ke hospital sekitar 2 minggu lepas. Ikuti temubual bersama Marsha selepas ini.




“Malam sebelum insiden tersebut berlaku, saya memang rasa tidak sihat dan sedikit lemah. Memang rasa lain macam sangat. Selepas saya ambil ubat antibiotik dan ubat tekanan darah rendah, saya terus masuk tidur,” kata Marsha memulakan sesi soal jawab bersama media.


“Keesokan harinya, saya ambil ubat lagi sebelum keluar makan tengah hari. Kondisi saya ketika itu pun masih lemah lagi. Malangnya, kereta yang dipandu saya terlanggar pembahagi jalan. Apabila saya balik rumah, semasa menuruni tangga, saya terjatuh dan pengsan. Rumah saya berada di tingkat bawah, jadi saya memang kena turun tangga,” jelas Marsha menceritakan penyebab insiden berkenaan.



Pada masa yang sama, Marsha menafikan dakwaan berkenaan pengambilan pil sebanyak 30 biji.



“Saya tak tahu daripada mana datangnya cerita berkenaan. Jika benar saya telan 30 pil, rasanya saya memang tiada di sini lagi. Sebetulnya, saya tak buat perkara itu.”







Adakah tekanan darah rendah disebabkan masalah peribadi?



“Kalau nak kaitkan insiden ini dengan masalah peribadi, rasanya memang tiada kena mengena. Sebelum ini, saya sudah banyak kali lalui perkara ini, jadi memang tiada apa-apa pun,” jelas Marsha yang baru putus cinta.



“Sebagai pengetahuan, saya memang alami penyakit sinobronchitis sejak lewat tahun 2009. Apabila penyakit ini menyerang, vokal suara saya turut terganggu. Antara organ yang turut terjejas ialah salur pernafasan. Jadi, ia turut menjadi penyebab kepada tekanan darah rendah.”





Adakah Marsha selalu bergaduh dengan bekas teman lelaki?



“Gaduh itu perkara biasa, tapi ia memang tiada kaitan dengan insiden itu. Sewaktu perkara ini terjadi, saya sudah 2 minggu putus cinta. Lagipun, hubungan kami memang tak pernah serius. Jadi memang saya tak terjejas dengan cerita peribadi itu.”



Adakah bekas kekasih melawat Marsha di hospital?



Ada.



Setakat ini, Marsha berada di bawah pemerhatian?



“Ya, saya masih berada di bawah pemerhatian dan akan berjumpa dengan doktor beberapa kali.”



Kenapa baru Marsha jelaskan kepada media, hari ini?



“Soal kerja dan bermacam-macam lagi isu berbangkit dikhuatiri akan menyebabkan saya tertekan. Jadi, pihak perubatan menasihatkan saya supaya tidak berada dalam situasi berkenaan. Saya akan kerja semula mulai minggu ini dan akan melancarkan lagu soundtrack untuk filem Mantra berjudul, Tak Perlu Selamanya.

LPF, FINAS perlukan Panel Syariah- HANTU BONCENG

Foto


Pemuda PAS bidas karyawan filem tempatan persendakan agama Islam


SUNGGUH menyedihkan! Sangat dikesali dengan kelemahan ketara yang berlaku dalam Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPF) di bawah Kementerian Dalam Negeri [KDN] dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional [FINAS] di bawah Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) sehingga membenarkan filem yang berbaur penghinaan kepada Islam diterbitkan untuk tontonan umum.

Filem terbaru yang mengandungi unsur menghina Islam adalah Hantu Bonceng yang diarahkan oleh Ahmad Idham Ahmad Nazri dengan lakonan oleh Mohd Razizan Abd Razak atau Zizan RL.

Antara babak yang dilakonkan secara jelas menghina Rasulullah SAW apabila Zizan menyebut "Asyhadu anna Muhammadar Syaitan" yang membawa maksud "Aku naik saksi bahawa Muhammad itu Syaitan".



Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasrudin Hassan menegaskan kalimah syahadah bukan perkataan yang boleh menjadi bahan jenaka atau dipersenda sedemikian rupa justeru ia membawa kesan yang boleh menggugurkan syahadah walaupun sekadar lakonan.



Tambahan pula filem yang menjadi tontonan umum ini akan mencetus kekeliruan dan gambaran yang salah masyarakat terhadap Islam. Lebih berisiko apabila kelak ia turut merosakkan aqidah masyarakat awam.



“Dewan Pemuda PAS mempersoalkan, sekiranya benar wujud panel penapisan di dalam LPF mengenai filem yang bakal ditayangkan untuk tontonan umum, mengapa masih wujud babak yang menimbulkan kontroversi ini? Apa yang ditapis selama ini? Penapis apa yang mereka pakai sehingga masih banyak adegan yang menyakitkan mata dan mengganggu sensitiviti masyarakat, lolos menjadi paparan umum melalui filem yang telah diluluskan.

Lebih malang, pihak berkuasa agama seperti kaku dan kelu tidak tahu berbuat apa-apa meskipun berdepan dengan isu penghinaan terhadap Islam. Sedih sungguh kami dibuatnya.



Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) seperti tiada kuasa dan tiada apa yang boleh dilakukan malah untuk menerima memorandum pun tidak berkeupayaan apabila tercetus isu penghinaan terhadap Islam dan syariatnya oleh Mak Cik Hajjah Sitt Al Wuzara,” katanya dalam satu kenyataan yang dikirimkan menerusi emel kepada Hip.



Lambakan filem tahyul dan karut menerusi tontonan umum di kaca televisyen sama ada menerusi saluran RTM ataupun TV swasta seperti Astro bermaharajalela tanpa sebarang tindakan berkesan oleh pihak berkuasa agama.



Dewan Pemuda PAS sangat khuatir sekiranya tidak ada satu garis panduan yang berlandaskan Syariat Islam menjadi rujukan kepada LPF dan FINAS, filem yang lebih ‘luar biasa’ akan dihasilkan dan mungkin diluluskan kerana keuntungan yang bakal diperolehi oleh pihak tertentu tanpa menimbang tara impak yang akan berlaku.



Justeru, FINAS mahupun LPF diminta untuk mewujudkan panel syariah yang mempunyai kuasa sebagai lembaga penapisan yang tertinggi terutama dalam menapis cerita atau filem yang mempunyai kaitan dengan agama Islam.



“Kepada mereka yang terbabit secara langsung di dalam industri ini seperti penerbit, pelakon dan penyiar diminta untuk merujuk kepada alim ulama seperti mufti atau pihak berkuasa Agama seperti JAKIM terlebih dahulu sebelum menerbitkan sesebuah filem. Jangan apabila sudah wujudnya kontroversi baru mencari ulama untuk melepaskan diri.



“Kami juga menyeru kepada artis untuk meneliti dan membuat kajian terlebih dahulu mengenai skrip yang bakal dilakonkan oleh mereka. Sekiranya skrip tersebut mengandungi unsur yang dirasakan bertentangan dengan fitrah dan juga berpotensi untuk mencemarkan kemuliaan Islam maka bertanyalah kepada ulama.



“Perkara ini juga mesti dilakukan oleh penerbit, pengarah mahupun pelakon agar tidak mewujudkan suasana kontroversi seperti ini. Semoga industri filem negara terus maju dan berkembang ke serata dunia dengan membawa imej negara yang baik dan gemilang tanpa perlu mencetus elemen lucah, persendaan terhadap agama, tahyul dan perlecehan akhlak semata - mata untuk dijadikan tangkal pelaris filem sahaja,” tegas Nasrudin lagi.





Ahmad Idham pertahan Hantu Bonceng


PENERBIT dan pengarah, Ahmad Idham mempertikaikan kenyataan Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan yang mendakwa filem Hantu Bonceng mempersendakan dan menghina Nabi Muhamad S.A.W dengan dialog dari pelakon utamanya, Zizan yang membawa maksud ‘Aku Naik Saksi bahawa Muhamad itu Syaitan’.



Bahkan dia turut mendakwa kenyataan itu sebagai propaganda politik, sekali gus menjadi sebab untuk menghentam kerajaan.



“Kenyataan itu disebarkan menerusi blog dan saya tidak tahu akan kesahihan kenyataan itu, sama ada benar atau tidak, atau ada orang lain sengaja untuk memperbesarkan isu itu dan mengaibkan saya secara terbuka.



“Saya berkata begitu kerana yakin orang yang berkredibiliti tinggi seperti dia (Nasrudin) itu tidak akan mengeluarkan kata-kata kesat. Takkan dia tokoh pemimpin yang kita cari, menghukum orang tanpa dibicarakan dan mengaibkan orang secara terbuka. Mungkin ada pihak ketiga sengaja yang ingin menjatuhkan saya dan dia juga.



“Jika ia benar sekalipun, kenapa dia sendiri tidak tampil dan bawa berbincang secara profesional, mengeluarkan kenyataan berserta kepala surat yang tertera logo parti dan ditandatangani sendiri Mursyidulnya dan menegur adegan yang diperkatakan menghina Rasulullah sehingga menaikkan amarah seluruh umat Islam,” katanya yang ditemui pada majlis penyerahan surat tawaran pengajian Doktor Falsafah dalam bidang industri perfileman bersama Universiti Utara Malaysia (UUM) baru-baru ini.



Menurut Idham yang agak emosional dengan kritikan itu, dia boleh memberikan reaksi dan menjawab berhubung isu itu, namun mengajak mereka untuk menonton keseluruhan cerita, mengkaji dan memahami industri perfileman dengan lebih dekat sebelum bertindak tanpa sebab.



“Negara kita ada undang-undang dan filem ini mendapat penapisan sehingga dua kali daripada LPF, saya tidak kata ia sebagai terlepas pandang dan sekiranya benar ia menyalahi, saya sedia memohon maaf.



“Saya punya anggapan mereka yang bercakap ini adalah dari kalangan yang tidak menonton filem, mereka hanya melihat petikan dari satu babak saja dan tidak menonton keseluruhan filem itu.



“Di dalam filem biasanya kita memaparkan sesuatu yang salah dan akan dibetulkan di akhirnya, itulah cerita. Tidak ada filem yang mengajar penonton membuat perkara yang negatif. Jika benar dari minggu pertama filem ini keluar isu ini sudah timbul dan mungkin sudah selesai hari ini. Kenapa hari ini selepas filem sudah tidak ditayangkan, baru isu ini timbul,” katanya.

Dua maut, 11 dilaporkan hilang dalam letupan lombong arang batu

BOGOTA: Dua maut dan kira-kira 11 orang dilaporkan hilang dalam letupan yang berpunca daripada kebocoran gas metana ketika kejadian di lombong arang batu utara Colombia, pagi ini.




Letupan itu menggegarkan lombong berkenaan yang dikenali El Diamante, di bandar Socha, wilayah Boyaca menyebabkan dua maut, dua cedera dan 11 lagi dilaporkan hilang. Setakat ini, lebih 30 orang dilaporkan maut dalam nahas di lombong arang batu di Colombia. Presiden Juan Manuel Santos berusaha meluaskan kegiatan perlombongan sebagai teras utama perkembangan ekonomi Colombia. - AFP

ADA KES BUDAK HILANG

Assalamualaikum semua...
baru sebentar tadi saya ada terbaca di facebook mengenai kes budak hilang...
sapa ada terjumpa kelibat kanak-kanak ini...

sila hubungi ibunya di no: 012 2485649 (Zetty) atau bapanya di no: 0196387252
(Salleh).


Gambar



Anak kepada rakan saya telah hilang tengahari semalam (14 Sept 2011) dihadapan Sek. Keb


Subang Bestari. Usaha mencari adik Najmi telah dilakukan sehingga lewat

pagi tadi tetapi masih gagal.

Laporan polis telah dilakukan dan dia disyaki diculik. Butir2 terakhir

adik Najmi adalah seperti berikut:


MAKLUMAT MENGENAI KANAK-KANAK INI

Nama : Najmi Haqiemi bin Ahmad Salleh (10tahun)

Tinggi : lebih kurang 110cm

Pakaian: Memakai t-shirt sukan berwarna merah berlengan

hitam dgn cetakan 'S.K Subang Bestari, Tuah' dibelakang, berseluar sukan

berwarna biru gelap berbelang putih dan berjaket berwarna coklat.

Lain2: Membawa beg sekolah berwarna biru dan hitam, berambut

pendek dan mempunyai tanda parut disebelah kanan kepala.


MOHON DIDOAKAN SEMOGA KANAK-KANAK INI DIJUMPAI DAN MINTA SAMA-SAMA KITA


SOLAT HAJAT SEMOGA ORANG YANG MEMBAWANYA TERBUKA HATI UNTUK MENGHANTAR


KEMBALI KANAK-KANAK INI KEPADA KELUARGANYA.





Rabu, 21 September 2011

HARI RAYA AIDILFITRI 2011

ASSALAMUALAIKUM....

pejam celik...pejam celik...
dah nak sampai penghujung syawal nampaknya kita..
harap tidak terlambat liza nak ucapkan juga
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI....maaf zahir dan batin

jadi,entry kali ini tentunya mengandungi gambar-gambar saya sekeluarga di
kampung halaman di Kampung Poh,Bidor,Perak.

jom kita cuci mata jom!!!!!!!!









Rabu, 14 September 2011

RUMAH TERBUKA BELIA DAN SUKAN

ASSALAMUALAIKUM SEMUA...

lama dah blog liza tak berentry....sunyi je kan blog nie...tapip,kali nie ada sesuatu yang nak za coretkan...memandangkan sekarang kita masih berada di bulan syawal...pasti,kita tidak lepas menerima undangan untuk menghadiri rumah terbuka agensi-agensi kerajaan mahupun swasta...

semalam,bertarikh 13.09.2011...kami,dari jabatan akauntan negara Malaysia,menerima undangan (melalui sms) untuk menghadiri rumah terbuka KBS di Stadium Putra Bukit Jalil..memang best...makanan dia pun walllah...

masuk je dalam dewan tu...dengar suara pengacara...macam kenal je..nak tahu x sape pengacara dia...
FARA FAUZANA,FAIZAL ISMAIL,SERINA RIDZUAN dll....tempat makan pertama yang kami tuju adalah,stall sate...wallaweh...ramai gler orang...

artis yang ada seperti awie,azlan typewritter,haziq af dll...(yang nie yang sempat dilihat)..pelbagai acara lain yang disediakan...jam 2.00 petang,berangkat balik ke office...

tataplahh gambar kami ye...jangan lupa tinggalkan komen skali








Rabu, 7 September 2011

AKSI AISYAH BILA DIPAKAI TUDUNG

actually,xder entry yang menarik nak create..
cuma,kat sini za nak publish picture-picture aisyah bila dipakaikan tudung..
jom kita tengok sama-sama

nie,dia nak juga capai kamera yang ibu dia pegang


GAMBAR MASA HARI RAYA 2011

assalamualaikum semua...
lama dah za tak update blog nie selepas ia diremovekan..
nie baru dapat balik..
alhamdulillah....

pejam celik pejam celik,
hari nie dah hari yang ke sembilan kita berada dalam bulan syawal..
ada tinggal 21 hari lagi untuk kita menjalankan puasa 6 bagi mereka yang nak lakukannya..
macam za,za kena settlekan puasa yang ditinggalkan,baru leh buat puasa 6 nie..

macam mana sambutan hari raya uolls untuk tahun nie?
meriah / sebaliknya...?
pasti masing-masing ada cerita tersendiri...

bagi za,raya tahun nie meriah kerana, tahun nie kerana:
1) pakaian yang dikenakan sedondon..

anak perempuan dengan ibu - warna hijau
anak lelaki dengan ayah - kuning
berbanding tahun lalu,beraya ketika dalam pantang anak kedua..

2) dapat beraya bersama adik beradik
kami adik beradik dapat berkumpul skali berbanding tahun sebelum nie...adik beraya bersama keluarga mertuanya.

3) menu dimasak ikut keinginan za iaitu mi bandung..
kami sekeluarga berpakat buat miee bandung untuk dijamu kepada saudara mara yang hadir...dan kosnya ditanggung adik bongsu sepenuhnya...hahahahaha(terima kasih adikku)...

kat bawah nie terdapat beberapa gambar yang diambil masa berkumpul kat umah nenek...mari kita lihat sama-sama:



sessi bermaaf-maafan
baju oren:anak aku-muhamad arif hanafi bersama opah dan onyangnya


adik bersama anaknya


adik lelaki
adik perempuan dan anknya



Khamis, 7 Julai 2011

Makanan terbaik penghafaz AlQuran : kismis doa, air Yasin & madu sahajakah?

assalamualaikum semua...
entry kali nie adalah mengenai kismis doa,air yasin dan madu...
entry nie saya peroleh dari ustaz asraffayob.
apa yang menjadi persoalan adalah,makanan terbaik bagi penghafaz AlQuran..
Memang benar, semua orang inginkan ‘keajaiban’ berlaku ketika menghafaz Al-Quran. Dan jenis mukjizat yang selalu dibincangkan termasuklah topik makanan. Soalnya, adakah kita benar-benar perlukan makanan bertaraf mukjizat seperti ‘hidangan dari langit’ yang diterima Nabi Musa untuk itu? Atau, adakah cukup dengan mengambil ’7 biji kismis doa tuan guru’ setiap pagi maka ia sudah memadai? Mungkin barangkali, maksudnya telah dinaiktaraf kepada ’scientific based food’ berbentuk nutrien vitamin A-to-Z hasil penyelidikan saintifik terkini?


Itu satu. Keduanya, apa tujuan utama pengambilan makanan bergizi? Untuk melajukan hafazan, sudah tentu, tetapi adakah ia benar-benar InsyaAllah berkesan, atau wujud prasyarat lain lebih utama selain ‘jenis makanan minda terbaik untuk anak?’

Jumaat, 1 Julai 2011

lucky draw by norliza989

assalamualaikum semua.....
ha,percaya tak
hari nie liza nak buat lucky draw kepada mereka-mereka di luar saya


banner


................
.........
...........
sebab lucky draw nie diadakan adalah....
1)untuk menghargai teman-teman yang sudi singgah n meninggalkan komen di sini...
2) ingin menambah kenalan dan merapatkan hubungan silaturahim yang ada.
3) nak bagi hadiah yang sememangnya tidak boleh dihabiskan sendiri hingga hujung tahun nie...dari dibiarkan burn macam 2 jer...lebih baik kongsi-kongsi kan????
................
.............
..............

agak-agak ada sambutan tak ye?
hope....ramai yang sudi menjoinkan diri
ini adalah lucky draw pertama anjuran norliza989
..................
................
.............................

setiap lucky draw,GA n contest...
pasti ada syarat-syaratnya....
syarat-syarat untuk join lucky draw nie adalah....
  • kena follow blog norliza989 dan seindah biasa
  • kena letak blog norliza989 n seindah biasa di bloglist anda
  • letakkan banner di side bar juga
  • tagg 2 orang rakan dan kena pastikan mereka tahu mereka telah di tagg
  • setelah siap semuanya,tinggalkan link,id anda beserta email di ruangan komen di sini
*ada 5 syarat yang perlu dipatuhi untuk menang hadiah yang di tawarkan*
**lucky draw nie akan berlangsung bermula hari ini 14.06.2011 dan akan
tamat pada  30.06.2011

hadiah yang bakal dimenangi  boleh dilihat


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...