Khamis, 26 April 2012

Acha Septriasa Lebih Selesa Dengan Jejaka Indonesia




Meskipun sudah lebih tiga tahun menetap di negara ini, namun pelakon dan penyanyi popular Indonsia, Acha Septriasa, 22, akui tidak pernah menjalinkan apa-apa hubungan cinta bersama jejaka tempatan.Malah dia menafikan gosip yang pernah mengaitkan dirinya bercinta dengan seorang jejaka Malaysia sebelum ini.Sebaliknya dia akui pernah bercinta dengan jejaka Indonesia yang juga pelajar di tempat pengajiannya, Lim Kok Wing cawangan Malaysia."Saya tahu, sebelum ini ada gosip yang mengatakan saya bercinta dengan orang Malaysia. Padahal ketika itu sedang menjalinkan hubungan cinta dengan orang Indonesia yang juga senior di tempat saya belajar."Kami sempat menjalinkan hubungan cinta selama 10 bulan sebelum dia melanjutkan pelajaran ke London."Selain jarak kami yang jauh kami mengambil keputusan untuk putus kerana perbezaan agama. Jadi kini sudah sembilan bulan yang lalu saya solo dan tidak punya kekasih," katanya ketika dihubungi murai.com.myNafi sengaja menolak cinta daripada jejak tempatan, menurut Acha dia akui lebih senang lagi selesa untuk menjalin hubungan dengan jejaka yang berasal dari negaranya sendiri."Terus-terang jejaka Malaysia semuanya baik-baik orangnya. Namun saya lebih selesa berkawan daripada menjalinkan hubungan serius seperti bercinta."Mungkin kerana perbezaan tempat asal dan kelahiran saya. Jadi kurang cocok(padan) untuk menjalinkan hubungan cinta dengan jejaka Malaysia."Tetapi mengikut pengalaman saya, pasti jejaka Indonesia juga yang berjaya menambat hati saya," luahnya lagi.Bercakap mengenai perkembangan terbarunya, Acha yang baru sahaja keluar dengan single Makna Cinta di Malaysia bakal tampil dengan genre muzik baru menjelang tahun hadapan."Saya merancang selepas ini mahu keluar dengan single bergenre R&B dan dance kerana saya dapati vokal saya lebih terserlah bila menyanyikan lagu berentak begitu," tambahnyaAcha bakal pulang ke negara asalnya pada penghujung Disember ini selepas tamat pengajian pada 17 Disember lalu bagi menyambung kariernya di sana.Pelatun lagu Sampai Mentup Mata ini juga akan memulakan penggambaran filem baru berjudul Bikers In Love di Indonesia menjelang tahun depan.__._,_.___

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...