HALAMAN

Rabu, 25 April 2012

Subhanallah.. Bayi 6 Kaki Selamat Dibedah & 4 Kaki Berjaya Dibuang

Keajaiban dan kekuasaan Allah s.w.t...
pelbagai kejadian kita lihat pada masa kini..
dan ada saya terima satu email mengenai
kelahiran budak bekaki Enam (6) di PAKISTAN
yang selamat menjalani pembedahan..




KARACHI: Sekumpulan pakar bedah di Institut Kesihatan Kebangsaan di sini mengumumkan kejayaan mereka membuang dua pasang kaki milik seorang bayi berusia dua minggu, Umar Farooq, yang dilahirkan mempunyai enam kaki, lapor halaman berita Pakistan, Dawn.com.

“Sekumpulan lima doktor pakar, berjaya memisahkan kaki dan anggota tambahan dari bayi berkenaan. Dia kini dalam keadaan selamat,” kata pengarah Institut Kesihatan Kanak-Kanak Kebangsaan, Jamal Raza kepada Dawn.com.

“Anggota tangan dan kaki tambahan itu adalah disebabkan sejenis penyakit genetik yang akan menjejaskan hanya seorang dalam sejuta kelahiran bayi.

Farooq dilahirkan dua minggu lalu di Sukkur, sebuah bandar di wilayah selatan Sindh, dan anak kepada satu pasangan yang mempunyai pertalian sepupu, kata New York Daily News.

Bayi berkenaan terus bertarung nyawa sebelum dikejarkan ke hospital di Karachi.

Ketika doktor mendapatkan nasihat pakar asing mengenai cara terbaik merawat bayi terbabit, bapanya, seorang juruteknik X-ray, Imran Shaikh, merayu kepada kerajaan dan beberapa pertubuhan kebajikan untuk membiayai bayaran perubatan anaknya itu, lapor Pakistan Observer.

Shaikh bernasib baik apabila gabenor Sindh, memberitahu doktor bahawa kos perubatan bayi berkenaan akan ditanggung kerajaan.

“Kami datang daripada keluarga miskin. Saya berterima kasih kepada kerajaan kerana membantu kami merawat bayi kami,” kata Shaikh kepada Observer selepas pembedahan selama beberapa jam pada Khamis.

Dr Raza berkata, lebihan anggota badan itu adalah disebabkan satu keadaan dipanggil polymelia, yang berpunca daripada sel yang tidak membentuk dengan sempurna ketika perkembangan embrio. Beliau menerangkan bahawa bayi terbabit pada awalnya berkembang sebagai kembar bercantum tetapi satu daripada kembarnya berhenti membesar dan hancur kecuali bahagian kakinya yang masih lagi terus melekat pada janin.

“Memang ajaib dan luar biasa bagi bayi dengan enam kaki untuk menjadi normal seperti kanak-kanak lain,” kata Raza kepada International Business Times.

“Sebelum pakar bedah boleh melakukan pembedahan mereka perlu mencari anggota mana milik bayi itu dan mana pula milik kembarnya.”

Berdasarkan satu kajian pada 2010 yang disiarkan Journal of Petiatric Surgery, kadar anggaran kembar bercantum adalah satu bagi satu juta kelahiran. Lebih banyak kes dilihat di Afrika dan Asia, di mana keluarga kurang mempunyai kemudahan bagi ujian pranatal.








1 ulasan:

Pen Biru berkata...

masha allah..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...