Khamis, 26 April 2012

Keluarga Aliff Aziz datang Malaysia Merisik Anne Ngasri?



Ramai yang sudah tahu hubungan Anne Ngasri dan Aliff Aziz.. walaupun mereka kata mereka masih lagi dalam proses untuk mengenali hati budi masing-masing tapi MyGosip yakin hubungan mereka sebenarnya sudah lebih daripada itu..

Ini dikuatkan lagi dengan kehadiran keluarga Aliff Aziz yang dari Singapore datang ke Malaysia berjumpa dengan keluarga Anne Ngasri…

Ada gosip-gosip mengatakan yang keluarga Aliff Aziz datang ke Malaysia sebenarnya untuk merisik Anne Ngasri.. Tapi gosip itu disangkal oleh Anne Ngasri…

jom kita baca apa kata Anne Ngasri mengenai gosip dia dirisik ni..“Ya, memang ada keluarga dia datang berjumpa dengan keluarga saya pertengahan bulan lalu. Tapi tujuan mereka datang hanya untuk mengenali lebih rapat dengan keluarga saya. Kiranya pertemuan mereka adalah untuk berkenalan sesama keluarga. Kebetulan masa itu mereka datang Kuala Lumpur sebab nak melawat Aliff yang tengah menjalani penggambaran di sini.

Waktu itu saya tak ada di Malaysia sebab pergi mengerjakan umrah,”“Mengenai soal kahwin pula, kami belum fikir lagi. Banyak lagi proses di mana saya nak tahu lebih lagi pasal dia. Memang sesiapa saja yang nak berkawan pasti nak mengakhiri dengan perkahwinan, tapi semuanya terletak pada kuasa Allah.

Apa yang saya boleh cakapkan, buat masa sekarang, kami memang tak bercakap lagi pasal perkahwinan.” Wah, rupanya keluarga Aliff Aziz datang hanya untuk berkenalan sesama keluarga rupanya.. kira ok la tu kan.. nampaknya hubungan mereka ni sudah pun direstui pihak keluarga..

1 ulasan:

Pen Biru berkata...

semoga ada jodoh antara mereka

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...