HALAMAN

Khamis, 26 April 2012

Anak Ruth Sahanaya Ikut Jejaknya



Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Begitulah peribahasa yang sesuai dikaitkan dengan penyanyi popular Indonesia, Ruth Sahanaya dan anaknya, Nadine Emanuella Waworuntu ,16, yang kini sudah mula berjinak-jinak dalam bidang nyanyian.Malah Nadine yang bakal menyiapkan album pertamanya pada awal tahun hadapan, telah diberi peluang beraksi bersama ibunya ketika berlangsung Konsert 25 Tahun Ruth Sahanaya yang diadakan di Plenary Hall, Kuala Lumpur Convention Centre baru-baru ini.Ruth Sahanya, 45, berkata dia memberi kebebasan kepada anaknya itu untuk memilih apa jua bidang termasuk nyanyian mengikut kemampuan anaknya."Terus-terang sejak dia dari kecil saya tidak pernah memaksa atau mengatur minatnya. Malah saya memberi kebebasan kepadanya untuk memilih bidang yang dia suka."Kebetulan , Nadine memilih untuk menjadi penyanyi dan terlalu minat dalam bidang muzik. Jadi saya hanya menyokongnya sahaja selepas melihat dia mampu serta berpotensi untuk pergi jauh," katanya.Nadine telah beraksi secara solo di konsert tersebut dengan membawakan lagu yang pernah dipopularkan oleh ibunya yang berjudul, Amboradol.Malah lagu tersebut akan dirakamkannya semula untuk dimuatkan dalam albumnya kelak.Tambah Ruth lagi, dia tidak mahu anaknya menjadikannya sebagai batu loncatan untuk terkenal dalam bidang nyanyian tetapi perlu diiringi dengan usaha yang kuat untuk berjaya."Saya selalu ingatkan Nadine, jika dia benar-benar mahu jadi penyanyi jangan kaitkan atau menggunakan nama saya untuk jadi ternama."Saya juga yakin dia boleh menjadi penyanyi yang bagus dengan ushanya sendiri kerana dia ada haluan muzik yang berbeza dengan saya."Muzik Nadine lebih urban dan rock berbading saya. Jadi saya yakin dia boleh bawa namanya sendiri," jelasnya isteri kepada aktor Indonesia, Jeffrey Waworuntu.Selain Nadine, Ruth juga telah dikurniakan seorang puteri lagi iaitu Amabel Odelia Waworuntu yang berusia 11 tahun.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...