Jumaat, 23 September 2011

Duet Tomok & One Night Only



Sejak bergelar suami, rezeki Tomok cukup murah. Selepas dilaporkan bakal berlakon dalam filem arahan Bernard Chauly ('Pisau Cukur') berjudul 'Istanbul Aku Datang' bersama Lisa Surihani, Tomok kini diberi peluang mengembangkan kerjaya nyanyiannya ke peringkat antarabangsa.


Melalui kempen Buka Semangat, satu initisiatif di antara TV3 dan Coca Cola, pemenang musim ketiga One In A Million ini akan berduet dengan band indie Inggeris, One Night Only (ONO). Malah mereka akan tampil dengan sebuah klip video.

"Saya sangat teruja dengan peluang yang diberi sebab saya tak pernah terbayang saya akan berduet dengan artis antarabangsa," luah Tomok yang terikat kontrak selama enam bulan bermula 1 September untuk kempen ini.
"Saya melangkah ke satu tahap lagi dalam karier saya. Saya akan bekerja lebih keras dan memberi 100% dari segi nyanyian. Saya tidak akan menghampakan peminat dan rakyat Malaysia.

"Saya berharap kisah saya akan menjadikan anak-anak muda lebih bersemangat dalam menghadapi cabaran, supaya lebih maju di masa depan dalam apa jua bidang. Saya akan menjadi inspirasi buat semua," janjinya semalam selepas sidang media Semangat Inspirasi.

 
Majlis tersebut turut dihadiri Rommel Fuentebella, ketua integrasi pemasaran komunikasi dan pengaktifan, Coca Cola Far East Limited, Malaysia/Singapura/Brunei dan Lam Swee Kim, ketua pengurus besar integrasi pemasaran Media Prima Berhad.


Menyentuh tentang keserasian di antara dirinya dan ONO, kata Tomok, "Jika dilihat dari genre muzik, koloborasi kami 100% sesuai, tiada masalah."

"Tak sabar sebenarnya nak bekerjasama dengan mereka, berkongsi pengalaman dan idea. Saya percaya koloborasi ini akan menjadikan saya lebih kreatif," tambahnya yang akan berangkat ke England pada 19 Oktober depan selepas menjalani penggambaran 'Istanbul Aku Datang' di ibu negara Turki.

Mengikut perancangan, Tomok akan merakam versi Bahasa Malaysia lagu "Can You Feel It Tonight" pada minggu depan. Ia dijangka mula diputarkan awal bulan depan. Versi Inggerinya sudah pun kedengaran di corong-corong radio.

Tomok juga akan menjalani penggambaran klip video untuk lagu nukilan Shah Shamshiri itu di Kuala Lumpur (KL). Di England nanti, kerja rakaman dan syuting klip video disambung, kali ini merakamkan nyanyian Tomok bersama ONO.



Selama empat harinya di sana, Tomok dijadualkan membuat lintas langsung ke program 'Quickie' di 8TV dan mengadakan satu sesi 'live chat'.
 

 
Kemuncak kempen merupakan konsert besar-besaran yang bakal diadakan pada Disember ini, di empat lokasi secara serentak iaitu KL, Pulau Pinang, Sabah dan Johor. Konsert di KL akan menampilkan Tomok bersama ONO.

Hans Issac Bela Anak Yatim?



sumber: gua.com

Sebak GUA apabila mendapat khabar berita ini. Sewaktu GUA menghadiri majlis berbuka puasa anjuran Tall Order Productions hujung minggu lalu, satu cerita telah disampaikan oleh sumber terdekat dengan syarikat produksi tersebut ke telinga GUA. Sewaktu khusyuk mendengar cerita yang disampaikan oleh sumber terdekat kepada pelakon dan pengarah tinggi lampai itu, terdetik perasaan sebak pada hati GUA.
Memang Hans ada merancang untuk mementaskan semula teater Lat The Musical pada tahun 2013. Memang jauh lagi tarikhnya, namun yang buat GUA sebak apabila produksi milik Hans itu berhasrat untuk menawarkan peluang kepada anak-anak yatim yang berada di rumah-rumah kebajikan sekitar Kuala Lumpur untuk terlibat sama dalam pementasan musim kedua teater muzikal yang diterajui oleh bintang rock terkenal, Awie.

Bagi yang telah menonton pastinya sedar akan wujudnya watak-watak kanak-kanak sewaktu Lat berada di kampungnya di Ipoh. Memang sesuai sekalilah apabila anak-anak golongan yang kurang bernasib baik ini diberikan peluang sedemikian. Sumber terdekat dengan Hans itu turut menyatakan besar hasratnya jika impian itu akan terlaksana. Setidak-tidaknya syarikat produksi yang pernah mementaskan Cuci The Musical dan Lat The Musical itu tidak mengenepikan golongan yang tidak bernasib baik.
Pihak syarikat produksi dikatakan akan pergi sendiri ke rumah-rumah anak yatim sekitar Kuala Lumpur untuk menguji bakat kanak-kanak yang ada di situ. "Mereka tidak perlu datang mencari kami, sebaliknya kami yang akan mencari mereka," itulah yang diluahkan kepada GUA. Begitulah luhurnya budi yang dicurahkan oleh tenaga di belakang tabir di syarikat produksi tersebut.
Dengan peluang yang diberikan ini, sekurang-kurangnya mereka akan dapat mencungkil bakat-bakat terpendam yang selama ini tidak begitu diberikan perhatian. Moga usaha pembelaan golongan yang kurang bernasib baik ini dapat dilanjutkan oleh syarikat-syarikat produksi yang memerlukan pelakon kanak-kanak di masa akan datang.

GUA sendiri pastinya akan menyokong usaha yang cuba dilaksanakan oleh Tall Order Productions ini kerana GUA melihat ada baiknya kepada industri seni tanahair. Anak-anak yatim yang memiliki bakat untuk digilap sebagai pelakon sekurang-kurangnya nampak sinar dalam masa depan perjalanan hidup mereka.

Foto Pra Perkahwinan Norman Hakim & Memey Suhaiza Versi Kualiti Tinggi.


Paparan gambar selingan foto pra perkahwinan Norman Hakim & Memey Suhaiza daripada Annas Easkey benar-benar mengagumkan kami. Kalau dibandingkan dengan beberapa gambar pra perkahwinan yang tersebar di laman blog sebelum ini, bagaikan langit & bumi. Lagipun, Annas Easkey merupakan jurufoto rasmi majlis perkahwinan Norman Hakim & Memey Suhaiza, sudah semesti kerjanya kena tip top!
Gambar-gambar ini diambil ketika sesi fitting baju persandingan & photoshoot bersama media yang berlangsung di butik Rizman Ruzaini. Enjoice!
Sedikit info. Norman Hakim & Memey Suhaiza akan melangsungkan majlis pernikahan mereka pada 24 September di rumah pengantin perempuan, Felda Tenggaroh, Johor. Majlis resepsi akan diadakan pada keesokan harinya di tempat yang sama, serta resepsi kedua di Crowne Plaza Mutiara Kuala Lumpur pada 28 September 2011.


Foto Pra Perkahwinan Memey Suhaiza & NormanFoto Pra Perkahwinan Memey Suhaiza & Norman

Foto Pra Perkahwinan Memey Suhaiza & NormanFoto Pra Perkahwinan Memey Suhaiza & Norman
Foto Pra Perkahwinan Memey Suhaiza & NormanFoto Pra Perkahwinan Memey Suhaiza & Norman

sumber: ohbulan

Khamis, 22 September 2011

Azad Sebak Ketika Akad Nikah



Suami kepada pelakon Eira Syazira yang juga merupakan pelakon filem Ngangkung, Azad Jazmin dilihat menitiskan airmata sejurus selesai upacara akad nikah mereka, Jumaat lalu. Azad atau nama sebenarnya, Azad Jazmin John Louis Bin Jeffri ketika ditemui memberitahu,beliau tidak dapat menahan sebak kerana terkenangkan arwah adiknya, Nizar Jeffri.


“Pernikahan ini satu yang dituntut oleh Islam. Alhamdulillah, kami dapat melaksanakan majlis ini setelah banyak dugaan yang dilalui. Hari ini merupakan detik saya menjadi suami dan pada saya, ini yang saya nantikan selama tiga tahun.

“Perkahwinan ini membuat saya gembira. Namun, dalam pada masa yang sama saya sedih kerana terkenangkan arwah adik saya yang tidak ada bersama pada hari bahagia saya,” ujar Azad ketika ditemui di kediaman pengantin perempuan, di Putrajaya.

Eira yang duduk di sebelah Azad turut menambah, “Masa kenal Azad, Eira memang rapat dengan arwah. Eira masih ingat lagi arwah beritahu, dia nak sangat tengok kami berdua berkahwin. Harap dengan perkahwinan ini, arwah akan gembira walaupun dia tidak ada di sini lagi.”





Adik Azad, Nizar atau lebih mesra dengan panggilan Boboy meninggal dunia akibat paru-paru berair pada tahun lepas, iaitu pada hari ketiga Aidiladha. Boboy pernah muncul dalam filem arahan Farid Kamil, Kongsi bergandingan bersama abangnya.


Berbicara mengenai perancangan selepas perkahwinan, Eira mengakui akan meneruskan kerjaya seninya seperti biasa. Pasangan ini juga memberitahu akan berangkat ke Bali dan Jakarta untuk berbulan madu. Ketika ditemui, pasangan yang muncul dengan lagu duet berjudul, “Lagu Jiwa” ini juga mengakui tidak merancang soal cahayamata dan menyerahkan segalanya kepada Allah.
“Kami akan berangkat ke Bali dan Jakarta pada bulan November ini. Kami ke sana bukan saja untuk berbulan madu tapi juga untuk bekerja. Ini kerana, bulan madu kami ditaja oleh sebuah syarikat bagi mempromosikan album baru saya.
“Selepas bergelar isteri, kerjaya saya masih berjalan seperti biasa. Azad memang terbuka dan dia tidak kisah jika Eira masih bekerja. Asalkan Eira tahu batas sebagai seorang isteri, sudah memadai. Eira juga dalam perancangan untuk membuka perniagaan butik tidak lama lagi. Mengenai anak, kami tidak merancang dan letakkan apa-apa had.”
Ditanya tentang apa keistimewaan Eira sehingga membuatkannya jatuh hati kepada pelakon Cinta Balqis itu, Azad memberitahu, “Dia perempuan Melayu terakhir di dunia ini. Saya suka cara sopan santun dia terhadap saya. Selain itu, banyak benda yang saya tertarik dengan Eira ini.”
Eira pula ketika ditanya soalan yang sama, secara ringkas menjawab, “He’s my everything.”
Pasangan ini akan diraikan pada majlis resepsi sebelah pihak perempuan pada 19 November 2011 di kediaman keluarga Eira manakala majlis sebelah lelaki pula di Pulau Pinang pada 26 November 2011.

PANDUAN MEMILIH TASKA YANG SESUAI

Memilih Taska yang sesuai untuk anak anda adalah satu keperluan yang amat mustahak dalam kehidupan . Kanak-kanak memerlukan penjagaan yang sempurna dan selamat . Di antara tips-tips yang mungkin boleh dijadikan panduan



1) Pastikan Taska itu telah berdaftar dengan meminta Surat Akuan Pendaftaran bagi memastikan taska ini telahpun diluluskan oleh 3 agensi iaitu Bomba, Jabatan Kesihatan dan Majlis Perbandaran .

2) Pastikan kawasan Taska itu berada di dalam pagar yang kedudukannya agak jauh daripada jalanraya supaya keselamatan anak kita terjamin

3) Perhatikan kepada aktiviti-aktiviti yang dijalankan di Taska dan pastikan ianya bertulis dan ditampal untuk memastikan tentang apakah input yang bakal diperolehi oleh anak-anak kita

4) Perhatikan kepada menu yang disediakan adakah ianya berbaloi dan sesuai dengan bayaran yang dikenakan.

5) Perhatikan kepada kebersihan kawasan Taska .

6) Pastikan terdapat pembahagian yang khusus antara bilik bayi, bilik pelajar kanak-kanak 1-3 tahun, Bilik televisyen, dapur dan tempat makan serta tandas.

7) Pastikan tiada buaian di bilik bayi.

8) Pastikan bilangan pengasuh 1 ke atas 5 bagi bayi dan 1 ke atas 10 bagi kanak-kanak 1-3 tahun

Tanda Wanita Masih Dara

Petua orang tua banyak sangat tapi mana yang boleh ikut kita ikut.mana yang susah tu biarlah. petua-petua dibawah ni hanyalah untuk Ilmu pengetahuan saja.Ilmu kalau disimpan tak kemana pun.

1) Rekahan Bibir

Kita dapat mengenal pastinya jika bibir seorang wanita itu sangat mengancam dan berwarna kemerah-merahan. Dan rekahannya pula cantik. Selain itu, bibirnya juga bergaris-garis dan dapat dilihat dengan jelas.

2) Dahi Yang Berkedut

Gadis yang masih memiliki dara akan mempunyai dahi yang licin. Berbanding dengan dahi wanita yang tidak berdara yang mempunyai lapisan sebanyak tiga lapis walau masih muda. Ini dapat dilihat ketika mereka bercakap, berbual dan ketawa. Kedutan ini adalah berbeza dengan kedutan wanita yang berusia.

3) Bentuk Punggung

Bentuk punggung juga akan menggambarkan samada seseorang itu masih ada dara atau tidak. Bagi wanita yang tidak memiliki dara, punggunggya akan kelihatan seperti terjatuh ke bawah kerana sel-sel punggungnya mengembang kerana ransangan nafsu ketika melakukan hubungan. Apabila mereka berlari-lari dan bergerak akan kelihatan ianya seperti bergoyang-goyang. Berbeza dengan gadis yang memiliki yang pejal dan tidak bergoyang.

4) Telinga

Telinga gadis yang mempunyai dara akan kelihatan warna kemerah-merahan dan cantik. Wanita yang tidak punyai dara telinganya akan kelihatan leper dan tidak menawan lagi.

5) Tumit

Cuba lihat tumit anda. Di hujung tumit anda, cuba picitkan sedikit. Sekiranya selepas picit darah anda akan kembali ke posisi asal dengan cepat, ini bermakna anda masih berdara. Jika tidak, kawasan yang dipicit itu akan pucat dan darah kembali dengan lambat. Awas! Jaga tumit anda. Banyak kepentingan dan rahsianya lagi.

Ini hanyalah kaedah-kaedah untuk anda mengenal samada seseorang itu masih dara atau tidak. Tak payahlah nak pi test kat orang yang dah berkahwin dengan halal. Selain dara-dara yang tadi, kita masih mempunyai dara yang lain iaitu yang berkaitan dengan sensitiviti apabila berhadapan dengan lelaki.

6) Pipi

Jika pipi gadis itu licin, gebu dan kemerah-merahan serta tidak langsung memakai peralatan solek seperti pemerah pipi, bedak atau cecair pelembab muka, bermakna gadis itu masih berdara.

Gadis yang berdara selalunya tidak suka mengenakan make up. Terdapat juga gadis yang masih suci suka bermake-up, tatepi cara mereka bermake up tidak terlalu menonjol seperti seseorang yang ingin memikat lelaki. Sebagai contohnya sesetengah GRO, bohsia atau pelacur. Mereka akan mengenakan make up keterlaluan kerana mahukan diri mereka kelihatan jelita. tetapi disebalik kejelitaan mereka terserlah suatu rahsia, jelas mereka bukanlah lagi wanita bermaruah.

Pada raut pipi gadis yang masih dara, kelihatan merah apabila disentuh lelaki yang bukan muhrim. Terkadang raut wajah mereka menjadi merah apabila berbual atau berhadapan dengan lelaki. Mereka agak sukar untuk menyesuaikan diri dengan lelaki. Berbanding dengan wanita yang tidak berdara. Mudah sahaja mereka menyesuaikan diri dengan lelaki. Bagi yang sudah berumah tangga, kerana mereka sudah biasa dengan suami mereka. Tetapi pada golongan sebaliknya kerana mereka telah hilang dara dan sensitiviti dengan lelaki kerana sebab-sebabnya yang tadinya.

Kelihatan beberapa garis melintang pada pipi kiri dan kanan seseorang gadis yang telah berhubungan. Jika seseorang itu mempunyai lesung pipi, lesung pipinya kelihatan melekuk ke dalam dan terserlah kejelitaannya. Berbeza dengan gadis yang sudah pernah berhubung, lesung pipinya tidak terlalu dalam dan sisi lekukan itu diikuti dengan garisan yang menyambung lesung pipinya. Garis ini menunjukkan mereka telah tiada dara.

7) Telinga

Ketiadaan dara juga dapat dilihat dengan meneliti bentuk pada bahagian telinga kanan dan kirinya. Sedikit anak rambut akan kelihatan sebelah pipinya. Anak rambut ini berjuntai dan lembut serta halus. Anak rambut wanita pula tidak berdaya dan seolah-olah tidak bermaya serta tidak lembut lagi. Ini dapat dilihat jelas jika anak rambut itu ditiup angin. Ia mudah terselerak dan agak tidak teratur ketika ditiup angin dan apabila anak rambut itu kembali pada posisi asalnya. Pipi sisi anak rambut ini juga dilihat agak lebam dan ianya simbol wanita itu telah berkahwin.

8) Hidung

Hidung sesorang itu juga mampu menunjukkan samada dia pernah disentuh atau tidak. Hidung seorang gadis akan kelihatan menarik dan cantik. kedudukannya juga molek. Di hujung hidungnya kelihatan kemerah-merahan. Ini bukan kerena dia selsema atau ada masalah hidung tetapi ini kerena darah banyak tertumpu pada hidungnya. Jika anda masih dara, lihatlah hidung anda. Apabila hidung seorang gadis disentuh lelaki, hidungnya akan kelihatan begitu merah.

Begitu juga dengan wajahnya. Ini kerana sensitivitinya terhadap sentuhan. Bagi yang tidak merah pada hujungnya apabila disentuh lelaki, ini bermakna dia telah hilang dara sensitif ( dara kecil ).

9) Mata

Bukan mudah untuk seseorang yang hilang dara ingin menyembunyikan identitinya dari diketahui lelaki yang pandai meneliti. Sebab itu adalah wajar jika kita menjaga maruah dan menundukkan pandangan dari panahan lelaki.

Terdapat tanda lebam atau bergaris di bawah kelopak mata seorang yang tidak berdara. Lebam ini tidak seketara lebam orang yang tidak cukup tidur. Hanya sedikit garis seakan-akan hitam meliputi bawah kelopak mata yang terlipat itu. Iaitu kedutan pada bawah mata jelas dilihat jika si gadis sudah hilang dara.

Gadis yang masih dara, matanya kelihatan berseri dan tiada tanda seperti hitam, lebam atau bergaris-garis halus. Sebaliknya di sekeliling matanya kelihatan rata dan apabila dia ketawa bahagian bawah matanya tidak menampakkan kedutan.



Namun begitu…

Tidak bermakna wanita yang tidak berdara telah hilang keseriannya Sebenarnya, wanita yang telah hilang dara adalah lebih cun daripada gadis. Tidak hairanlah sekiranya janda dan isteri orang semakin menjadi rebutan. ( tak caya tanya suami anda ).

Yang menghilangkan serinya wanita tidak berdara ialah, mereka melakukan perbuatan terkutuk dan maksiat.

Bagi wanita yang berumah tangga secara halal dan mempunyai suami yang memahami..mereka cun 100x ini kerana mengikut kajian,

10) Rambut Wanita

Rambut wanita lebih cantik dari rambut gadis sekiranya si suami selalu membelainya. Rambutnya semakin lembut dan menawan 100x. Pada wanita yang dah berumah tangga secara halal. Hanya pakai petua biologi dari suami anda. Ini juga akan menjamin keharmonian hidup. Bukan setakat rambut sahaja, malah bibir dan beberapa bahagian lain juga akan menjadi lebih cantik dengan bantuan suami.

11) Perut

Untuk pengetahuan anda, pada mereka yang biasa berhubung, perut akan sedikit membuncit. kerana perut melakukan daya aktif yang amat kuat dan menyebbkan sel-sel mengembang. Selain itu, tanda yang terdapat pada perut seperti alur garisan panjang dari dada hingga pusat dan dari pusat hingga ke faraj.

Jika tanda ini terputus pada bahagian bawah antara permukaan pusat dan faraj, ini bermakna, wanita itu tidak berdara. Faktor kehamilan juga merupakan sebab garis ini terbentuk. Namun, garisnya kelihatan lebih ketara.

Syazwan Zulkifly (Apek Juvana) & Adik Ipar Fouziah Gous Kemalangan Kereta!


Baru-baru ini, kita dikejutkan dengan berita Fouziah Gous & Iqram Dinzly mengalami kemalangan ketika dalam perjalanan ke majlis amal.




Namun pagi tadi, kami menerima satu lagi kejutan, Syazwan Zulkifly yang popular dengan watak Apek dalam drama Juvana mengalami kemalangan kereta pada pukul 1 pagi tadi bersama adik ipar Fouziah Gous.



Ketika dilanggar, mereka dalam perjalanan ke Cheras dari Damansara. Tiba-tiba, sebuah kereta memandu laju dan masuk ke lorong mereka ketika sedang memandu. Difahamkan, kereta Proton Gen-2 Syazwan yang baru dibeli tidak sampai sebulan itu berpusing dan terus melanggar pembahagi jalan.



Syazwan yang terkejut dengan kemalangan itu turut berkata,



“Pada mulanya saya agak terkejut dengan kejadian ini, tapi saya bersyukur bila memikirkan yang kami berdua masih selamat.”

syazwan zulkifly kemalangan keretasyazwan zulkifly kemalangan kereta 3

SUMBER: OHBULAN

Bajet 2012: Najib kaji bonus lumayan atau naik gaji sektor awam



KUALA LUMPUR, 22 Sept — Datuk Seri Najib Razak sedang mempertimbangkan bonus lumayan atau kenaikan gaji bagi 1.3 juta kakitangan kerajaan — bakal diumumkan menerusi Bajet 2012 untuk menangani kenaikan kos sara hidup dan juga menjamin sokongan tenaga kerja sektor awam pada pilihan raya umum ke-13.




The Malaysian Insider difahamkan perdana menteri telah meminta Kementerian Kewangan agar mengkaji kos kedua-dua opsyen itu.



Langkah itu mirip pendekatan diambil bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 2007, setahun sebelum menjelang pilihan raya umum ke-12.



Ketika itu Abdullah mengumumkan kenaikan gaji bagi 1.02 juta kakitangan awam sehingga 35 peratus dan menaikkan kadar bantuan sara hidup sebanyak 100 peratus.



“Najib sedang mempertimbangkan bonus satu bulan setengah untuk dibayar akhir tahun ini atau menaikkan gaji apabila mengumumkan Bajet 2012. Ia bajet menggunakan segala wang yang ada,” kata satu sumber kepada The Malaysian Insider.



Najib (gambar) yang juga Menteri Kewangan akan membentangkan Bajet 2012 pada 7 Oktober ini.



Bulan lalu, kerajaan membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam. Kerajaan juga bersetuju memberi bayaran khas sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.



Perdana Menteri berkata, kerajaan berharap pemberian bonus dan bayaran khas ini dapat meringankan beban penjawat awam dan pesara kerajaan dan membantu mereka membuat persediaan menyambut Aidilfitri. Ia melibatkan kerajaan kos RM2 bilion.



Kakitangan awam lazimnya dilihat sebagai asas sokongan bagi Barisan Nasional (BN) tetapi perikatan itu berhadapan dengan prestasi buruk pada Mac 2008 meskipun Abdullah mencatatkan penguasaan 91 peratus kerusi di Parlimen.



Najib berusaha untuk keluar daripada situasi 2008 dengan mengumumkan beberapa pembaharuan termasuk mahu memansuhkan beberapa undang-undang termasuk Akta Keselamatan Dalam Negeri sebagaimana diumumkan Khamis lalu.



“Perdana Menteri perlu mengatasi isu-isu asas termasuk ekonomi. Bajet akan mengatasi isu sara hodup selepas pemotongan subsidi baru-baru,” kata satu lagi sumber kepada The Malaysian Insider.



Baru-baru ini Cuepacs, kesatuan sekerja induk sektor awam, menuntut bonus dua bulan.

Tiz Zaqyah Bawa Watak Mangsa Rogol Dalam Drama Terbaru, “Soffiya”.



ok,
Siapa tidak kenal gadis jelita ini? Tiz Zaqyah, 23, mula dikenali ramai melalui filem Gol & Gincu dan juga drama yang berjaya menarik ramai penonton, Nur Kasih. Tiz akan muncul dalam drama terbaru bertajuk “Soffiya” terbitan Filmscape dan digandingkan bersama Fizo Omar.




Dalam drama ini, watak Soffiya yang dibawakan oleh Tiz Zaqyah adalah watak yang mengalami banyak masalah dan pernah dirogol oleh bapa kandung sendiri. Ditanya apakah perasaan ketika menjalani penggambaran drama ini, Tiz menjawab, “Saya selesa membawa watak Soffiya sebab bagi saya, watak yang mencabar memberikan saya kepuasan untuk berkarya.”



Pertama kali membintangi drama sebagai mangsa rogol, Tiz memberitahu kami, “Watak rogol adalah watak yang agak susah untuk didalami. Saya perlu menghayati scene itu dan bagaimana reaksi saya apabila dirogol oleh ayah sendiri. Saya perlu agresif dan mengawal emosi sebaik mungkin menggunakan imaginasi saya.”



Dia turut mengaku bahawa dia terpaksa menonton kembali filem-filem yang mempunyai adegan dirogol agar dia dapat memberikan 100% usaha dan dia juga berterima kasih kepada pengarah dan krew-krew filem yang memberikannya tunjuk ajar.



Apabila ditanya adakah drama ini akan mendapat sambutan seperti drama Nur Kasih, Tiz menambah, “Saya percaya kalau jalan cerita menarik, orang akan tengok cerita itu. Bukan atas dasar lakonan seseorang kerana setiap pelakon ada peranan masing-masing untuk menghidupkan sesebuah cerita.”



Sebelum ini, Tiz telah memadam akaun Twitter-nya dan meninggalkan followers-nya tertanya-tanya. Dia terpaksa memadam akaun tersebut kerana dia takut jika terlampau banyak pujian, dia akan hilang fokus dan over-confident.



“Saya padam akaun twitter saya kerana saya mahu lebih fokus terhadap kerjaya saya. Sebab twitter inilah saya pernah digosipkan sebagai artis yang selalu dengan telefon. Pada hal saya sibuk ber-tweet bersama peminat-peminat saya.” katanya sambil ketawa.

JOM CUCI MATA TENGOK GAMBAR2 YANG LAIN
tiz-zaqyahtiz-zaqyah 7

tiz-zaqyah 8tiz-zaqyah 6tiz-zaqyah 5

SUMBER: OHBULAN

Eksklusif Foto : Kad Kahwin Nabil & Zira Tampil Konsep Buku Cerita Dongeng.



“Kad Lestari" bersyukur apabila dipilih oleh pasangan Nabil & Zira sebagai pereka kreatif untuk kad kahwin yang unik ini. Apa yang unik? Kami tekankan konsep buku cerita, berkisah dongeng bagi menepati tema Wonderland sempena majlis resepsi mereka yang diadakan pada 2 Oktober nanti,” kata Jamil Ismail, pengurus Kad Lestari.




“Atas kepercayaan yang diberikan oleh Nabil & pihak Festival Pengantin, pasukan kami dengan bantuan artis karikatur, Joey berjaya menyiapkan cetakan kad termasuk perahan idea dalam masa 3 hari sahaja. Konsep buku dongeng turut dititikberatkan, contohnya muka depan memaparkan ‘edisi resepsi’ sebagai tajuk, muka belakang memaparkan doa sebagai penganti sinopsis. Selain itu, cop ISBN dan pencetak menonjolkan lagi identiti sebuah buku.”



“Kualiti cetakan amat dijaga. Setiap cetakan di-laminate dan dilekatkan pada cip keras,” jelas Jamil lagi.














“Perpisahan Tak Buat Saya Tertekan” – Marsha Milan Londoh

sesi sidang media bersama Marsha Milan Londoh berlangsung di Alibi Music, Bangunan KLK, Mutiara Damansara. Sidang media ini dibuat bagi menjelaskan kepada peminat berkenaan insiden dimasukkan ke hospital sekitar 2 minggu lepas. Ikuti temubual bersama Marsha selepas ini.




“Malam sebelum insiden tersebut berlaku, saya memang rasa tidak sihat dan sedikit lemah. Memang rasa lain macam sangat. Selepas saya ambil ubat antibiotik dan ubat tekanan darah rendah, saya terus masuk tidur,” kata Marsha memulakan sesi soal jawab bersama media.


“Keesokan harinya, saya ambil ubat lagi sebelum keluar makan tengah hari. Kondisi saya ketika itu pun masih lemah lagi. Malangnya, kereta yang dipandu saya terlanggar pembahagi jalan. Apabila saya balik rumah, semasa menuruni tangga, saya terjatuh dan pengsan. Rumah saya berada di tingkat bawah, jadi saya memang kena turun tangga,” jelas Marsha menceritakan penyebab insiden berkenaan.



Pada masa yang sama, Marsha menafikan dakwaan berkenaan pengambilan pil sebanyak 30 biji.



“Saya tak tahu daripada mana datangnya cerita berkenaan. Jika benar saya telan 30 pil, rasanya saya memang tiada di sini lagi. Sebetulnya, saya tak buat perkara itu.”







Adakah tekanan darah rendah disebabkan masalah peribadi?



“Kalau nak kaitkan insiden ini dengan masalah peribadi, rasanya memang tiada kena mengena. Sebelum ini, saya sudah banyak kali lalui perkara ini, jadi memang tiada apa-apa pun,” jelas Marsha yang baru putus cinta.



“Sebagai pengetahuan, saya memang alami penyakit sinobronchitis sejak lewat tahun 2009. Apabila penyakit ini menyerang, vokal suara saya turut terganggu. Antara organ yang turut terjejas ialah salur pernafasan. Jadi, ia turut menjadi penyebab kepada tekanan darah rendah.”





Adakah Marsha selalu bergaduh dengan bekas teman lelaki?



“Gaduh itu perkara biasa, tapi ia memang tiada kaitan dengan insiden itu. Sewaktu perkara ini terjadi, saya sudah 2 minggu putus cinta. Lagipun, hubungan kami memang tak pernah serius. Jadi memang saya tak terjejas dengan cerita peribadi itu.”



Adakah bekas kekasih melawat Marsha di hospital?



Ada.



Setakat ini, Marsha berada di bawah pemerhatian?



“Ya, saya masih berada di bawah pemerhatian dan akan berjumpa dengan doktor beberapa kali.”



Kenapa baru Marsha jelaskan kepada media, hari ini?



“Soal kerja dan bermacam-macam lagi isu berbangkit dikhuatiri akan menyebabkan saya tertekan. Jadi, pihak perubatan menasihatkan saya supaya tidak berada dalam situasi berkenaan. Saya akan kerja semula mulai minggu ini dan akan melancarkan lagu soundtrack untuk filem Mantra berjudul, Tak Perlu Selamanya.

LPF, FINAS perlukan Panel Syariah- HANTU BONCENG

Foto


Pemuda PAS bidas karyawan filem tempatan persendakan agama Islam


SUNGGUH menyedihkan! Sangat dikesali dengan kelemahan ketara yang berlaku dalam Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPF) di bawah Kementerian Dalam Negeri [KDN] dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional [FINAS] di bawah Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) sehingga membenarkan filem yang berbaur penghinaan kepada Islam diterbitkan untuk tontonan umum.

Filem terbaru yang mengandungi unsur menghina Islam adalah Hantu Bonceng yang diarahkan oleh Ahmad Idham Ahmad Nazri dengan lakonan oleh Mohd Razizan Abd Razak atau Zizan RL.

Antara babak yang dilakonkan secara jelas menghina Rasulullah SAW apabila Zizan menyebut "Asyhadu anna Muhammadar Syaitan" yang membawa maksud "Aku naik saksi bahawa Muhammad itu Syaitan".



Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasrudin Hassan menegaskan kalimah syahadah bukan perkataan yang boleh menjadi bahan jenaka atau dipersenda sedemikian rupa justeru ia membawa kesan yang boleh menggugurkan syahadah walaupun sekadar lakonan.



Tambahan pula filem yang menjadi tontonan umum ini akan mencetus kekeliruan dan gambaran yang salah masyarakat terhadap Islam. Lebih berisiko apabila kelak ia turut merosakkan aqidah masyarakat awam.



“Dewan Pemuda PAS mempersoalkan, sekiranya benar wujud panel penapisan di dalam LPF mengenai filem yang bakal ditayangkan untuk tontonan umum, mengapa masih wujud babak yang menimbulkan kontroversi ini? Apa yang ditapis selama ini? Penapis apa yang mereka pakai sehingga masih banyak adegan yang menyakitkan mata dan mengganggu sensitiviti masyarakat, lolos menjadi paparan umum melalui filem yang telah diluluskan.

Lebih malang, pihak berkuasa agama seperti kaku dan kelu tidak tahu berbuat apa-apa meskipun berdepan dengan isu penghinaan terhadap Islam. Sedih sungguh kami dibuatnya.



Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) seperti tiada kuasa dan tiada apa yang boleh dilakukan malah untuk menerima memorandum pun tidak berkeupayaan apabila tercetus isu penghinaan terhadap Islam dan syariatnya oleh Mak Cik Hajjah Sitt Al Wuzara,” katanya dalam satu kenyataan yang dikirimkan menerusi emel kepada Hip.



Lambakan filem tahyul dan karut menerusi tontonan umum di kaca televisyen sama ada menerusi saluran RTM ataupun TV swasta seperti Astro bermaharajalela tanpa sebarang tindakan berkesan oleh pihak berkuasa agama.



Dewan Pemuda PAS sangat khuatir sekiranya tidak ada satu garis panduan yang berlandaskan Syariat Islam menjadi rujukan kepada LPF dan FINAS, filem yang lebih ‘luar biasa’ akan dihasilkan dan mungkin diluluskan kerana keuntungan yang bakal diperolehi oleh pihak tertentu tanpa menimbang tara impak yang akan berlaku.



Justeru, FINAS mahupun LPF diminta untuk mewujudkan panel syariah yang mempunyai kuasa sebagai lembaga penapisan yang tertinggi terutama dalam menapis cerita atau filem yang mempunyai kaitan dengan agama Islam.



“Kepada mereka yang terbabit secara langsung di dalam industri ini seperti penerbit, pelakon dan penyiar diminta untuk merujuk kepada alim ulama seperti mufti atau pihak berkuasa Agama seperti JAKIM terlebih dahulu sebelum menerbitkan sesebuah filem. Jangan apabila sudah wujudnya kontroversi baru mencari ulama untuk melepaskan diri.



“Kami juga menyeru kepada artis untuk meneliti dan membuat kajian terlebih dahulu mengenai skrip yang bakal dilakonkan oleh mereka. Sekiranya skrip tersebut mengandungi unsur yang dirasakan bertentangan dengan fitrah dan juga berpotensi untuk mencemarkan kemuliaan Islam maka bertanyalah kepada ulama.



“Perkara ini juga mesti dilakukan oleh penerbit, pengarah mahupun pelakon agar tidak mewujudkan suasana kontroversi seperti ini. Semoga industri filem negara terus maju dan berkembang ke serata dunia dengan membawa imej negara yang baik dan gemilang tanpa perlu mencetus elemen lucah, persendaan terhadap agama, tahyul dan perlecehan akhlak semata - mata untuk dijadikan tangkal pelaris filem sahaja,” tegas Nasrudin lagi.





Ahmad Idham pertahan Hantu Bonceng


PENERBIT dan pengarah, Ahmad Idham mempertikaikan kenyataan Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan yang mendakwa filem Hantu Bonceng mempersendakan dan menghina Nabi Muhamad S.A.W dengan dialog dari pelakon utamanya, Zizan yang membawa maksud ‘Aku Naik Saksi bahawa Muhamad itu Syaitan’.



Bahkan dia turut mendakwa kenyataan itu sebagai propaganda politik, sekali gus menjadi sebab untuk menghentam kerajaan.



“Kenyataan itu disebarkan menerusi blog dan saya tidak tahu akan kesahihan kenyataan itu, sama ada benar atau tidak, atau ada orang lain sengaja untuk memperbesarkan isu itu dan mengaibkan saya secara terbuka.



“Saya berkata begitu kerana yakin orang yang berkredibiliti tinggi seperti dia (Nasrudin) itu tidak akan mengeluarkan kata-kata kesat. Takkan dia tokoh pemimpin yang kita cari, menghukum orang tanpa dibicarakan dan mengaibkan orang secara terbuka. Mungkin ada pihak ketiga sengaja yang ingin menjatuhkan saya dan dia juga.



“Jika ia benar sekalipun, kenapa dia sendiri tidak tampil dan bawa berbincang secara profesional, mengeluarkan kenyataan berserta kepala surat yang tertera logo parti dan ditandatangani sendiri Mursyidulnya dan menegur adegan yang diperkatakan menghina Rasulullah sehingga menaikkan amarah seluruh umat Islam,” katanya yang ditemui pada majlis penyerahan surat tawaran pengajian Doktor Falsafah dalam bidang industri perfileman bersama Universiti Utara Malaysia (UUM) baru-baru ini.



Menurut Idham yang agak emosional dengan kritikan itu, dia boleh memberikan reaksi dan menjawab berhubung isu itu, namun mengajak mereka untuk menonton keseluruhan cerita, mengkaji dan memahami industri perfileman dengan lebih dekat sebelum bertindak tanpa sebab.



“Negara kita ada undang-undang dan filem ini mendapat penapisan sehingga dua kali daripada LPF, saya tidak kata ia sebagai terlepas pandang dan sekiranya benar ia menyalahi, saya sedia memohon maaf.



“Saya punya anggapan mereka yang bercakap ini adalah dari kalangan yang tidak menonton filem, mereka hanya melihat petikan dari satu babak saja dan tidak menonton keseluruhan filem itu.



“Di dalam filem biasanya kita memaparkan sesuatu yang salah dan akan dibetulkan di akhirnya, itulah cerita. Tidak ada filem yang mengajar penonton membuat perkara yang negatif. Jika benar dari minggu pertama filem ini keluar isu ini sudah timbul dan mungkin sudah selesai hari ini. Kenapa hari ini selepas filem sudah tidak ditayangkan, baru isu ini timbul,” katanya.

Dua maut, 11 dilaporkan hilang dalam letupan lombong arang batu

BOGOTA: Dua maut dan kira-kira 11 orang dilaporkan hilang dalam letupan yang berpunca daripada kebocoran gas metana ketika kejadian di lombong arang batu utara Colombia, pagi ini.




Letupan itu menggegarkan lombong berkenaan yang dikenali El Diamante, di bandar Socha, wilayah Boyaca menyebabkan dua maut, dua cedera dan 11 lagi dilaporkan hilang. Setakat ini, lebih 30 orang dilaporkan maut dalam nahas di lombong arang batu di Colombia. Presiden Juan Manuel Santos berusaha meluaskan kegiatan perlombongan sebagai teras utama perkembangan ekonomi Colombia. - AFP

ADA KES BUDAK HILANG

Assalamualaikum semua...
baru sebentar tadi saya ada terbaca di facebook mengenai kes budak hilang...
sapa ada terjumpa kelibat kanak-kanak ini...

sila hubungi ibunya di no: 012 2485649 (Zetty) atau bapanya di no: 0196387252
(Salleh).


Gambar



Anak kepada rakan saya telah hilang tengahari semalam (14 Sept 2011) dihadapan Sek. Keb


Subang Bestari. Usaha mencari adik Najmi telah dilakukan sehingga lewat

pagi tadi tetapi masih gagal.

Laporan polis telah dilakukan dan dia disyaki diculik. Butir2 terakhir

adik Najmi adalah seperti berikut:


MAKLUMAT MENGENAI KANAK-KANAK INI

Nama : Najmi Haqiemi bin Ahmad Salleh (10tahun)

Tinggi : lebih kurang 110cm

Pakaian: Memakai t-shirt sukan berwarna merah berlengan

hitam dgn cetakan 'S.K Subang Bestari, Tuah' dibelakang, berseluar sukan

berwarna biru gelap berbelang putih dan berjaket berwarna coklat.

Lain2: Membawa beg sekolah berwarna biru dan hitam, berambut

pendek dan mempunyai tanda parut disebelah kanan kepala.


MOHON DIDOAKAN SEMOGA KANAK-KANAK INI DIJUMPAI DAN MINTA SAMA-SAMA KITA


SOLAT HAJAT SEMOGA ORANG YANG MEMBAWANYA TERBUKA HATI UNTUK MENGHANTAR


KEMBALI KANAK-KANAK INI KEPADA KELUARGANYA.





Rabu, 21 September 2011

HARI RAYA AIDILFITRI 2011

ASSALAMUALAIKUM....

pejam celik...pejam celik...
dah nak sampai penghujung syawal nampaknya kita..
harap tidak terlambat liza nak ucapkan juga
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI....maaf zahir dan batin

jadi,entry kali ini tentunya mengandungi gambar-gambar saya sekeluarga di
kampung halaman di Kampung Poh,Bidor,Perak.

jom kita cuci mata jom!!!!!!!!









Rabu, 14 September 2011

RUMAH TERBUKA BELIA DAN SUKAN

ASSALAMUALAIKUM SEMUA...

lama dah blog liza tak berentry....sunyi je kan blog nie...tapip,kali nie ada sesuatu yang nak za coretkan...memandangkan sekarang kita masih berada di bulan syawal...pasti,kita tidak lepas menerima undangan untuk menghadiri rumah terbuka agensi-agensi kerajaan mahupun swasta...

semalam,bertarikh 13.09.2011...kami,dari jabatan akauntan negara Malaysia,menerima undangan (melalui sms) untuk menghadiri rumah terbuka KBS di Stadium Putra Bukit Jalil..memang best...makanan dia pun walllah...

masuk je dalam dewan tu...dengar suara pengacara...macam kenal je..nak tahu x sape pengacara dia...
FARA FAUZANA,FAIZAL ISMAIL,SERINA RIDZUAN dll....tempat makan pertama yang kami tuju adalah,stall sate...wallaweh...ramai gler orang...

artis yang ada seperti awie,azlan typewritter,haziq af dll...(yang nie yang sempat dilihat)..pelbagai acara lain yang disediakan...jam 2.00 petang,berangkat balik ke office...

tataplahh gambar kami ye...jangan lupa tinggalkan komen skali








Rabu, 7 September 2011

AKSI AISYAH BILA DIPAKAI TUDUNG

actually,xder entry yang menarik nak create..
cuma,kat sini za nak publish picture-picture aisyah bila dipakaikan tudung..
jom kita tengok sama-sama

nie,dia nak juga capai kamera yang ibu dia pegang


GAMBAR MASA HARI RAYA 2011

assalamualaikum semua...
lama dah za tak update blog nie selepas ia diremovekan..
nie baru dapat balik..
alhamdulillah....

pejam celik pejam celik,
hari nie dah hari yang ke sembilan kita berada dalam bulan syawal..
ada tinggal 21 hari lagi untuk kita menjalankan puasa 6 bagi mereka yang nak lakukannya..
macam za,za kena settlekan puasa yang ditinggalkan,baru leh buat puasa 6 nie..

macam mana sambutan hari raya uolls untuk tahun nie?
meriah / sebaliknya...?
pasti masing-masing ada cerita tersendiri...

bagi za,raya tahun nie meriah kerana, tahun nie kerana:
1) pakaian yang dikenakan sedondon..

anak perempuan dengan ibu - warna hijau
anak lelaki dengan ayah - kuning
berbanding tahun lalu,beraya ketika dalam pantang anak kedua..

2) dapat beraya bersama adik beradik
kami adik beradik dapat berkumpul skali berbanding tahun sebelum nie...adik beraya bersama keluarga mertuanya.

3) menu dimasak ikut keinginan za iaitu mi bandung..
kami sekeluarga berpakat buat miee bandung untuk dijamu kepada saudara mara yang hadir...dan kosnya ditanggung adik bongsu sepenuhnya...hahahahaha(terima kasih adikku)...

kat bawah nie terdapat beberapa gambar yang diambil masa berkumpul kat umah nenek...mari kita lihat sama-sama:



sessi bermaaf-maafan
baju oren:anak aku-muhamad arif hanafi bersama opah dan onyangnya


adik bersama anaknya


adik lelaki
adik perempuan dan anknya



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...