Khamis, 22 September 2011

Tiz Zaqyah Bawa Watak Mangsa Rogol Dalam Drama Terbaru, “Soffiya”.



ok,
Siapa tidak kenal gadis jelita ini? Tiz Zaqyah, 23, mula dikenali ramai melalui filem Gol & Gincu dan juga drama yang berjaya menarik ramai penonton, Nur Kasih. Tiz akan muncul dalam drama terbaru bertajuk “Soffiya” terbitan Filmscape dan digandingkan bersama Fizo Omar.




Dalam drama ini, watak Soffiya yang dibawakan oleh Tiz Zaqyah adalah watak yang mengalami banyak masalah dan pernah dirogol oleh bapa kandung sendiri. Ditanya apakah perasaan ketika menjalani penggambaran drama ini, Tiz menjawab, “Saya selesa membawa watak Soffiya sebab bagi saya, watak yang mencabar memberikan saya kepuasan untuk berkarya.”



Pertama kali membintangi drama sebagai mangsa rogol, Tiz memberitahu kami, “Watak rogol adalah watak yang agak susah untuk didalami. Saya perlu menghayati scene itu dan bagaimana reaksi saya apabila dirogol oleh ayah sendiri. Saya perlu agresif dan mengawal emosi sebaik mungkin menggunakan imaginasi saya.”



Dia turut mengaku bahawa dia terpaksa menonton kembali filem-filem yang mempunyai adegan dirogol agar dia dapat memberikan 100% usaha dan dia juga berterima kasih kepada pengarah dan krew-krew filem yang memberikannya tunjuk ajar.



Apabila ditanya adakah drama ini akan mendapat sambutan seperti drama Nur Kasih, Tiz menambah, “Saya percaya kalau jalan cerita menarik, orang akan tengok cerita itu. Bukan atas dasar lakonan seseorang kerana setiap pelakon ada peranan masing-masing untuk menghidupkan sesebuah cerita.”



Sebelum ini, Tiz telah memadam akaun Twitter-nya dan meninggalkan followers-nya tertanya-tanya. Dia terpaksa memadam akaun tersebut kerana dia takut jika terlampau banyak pujian, dia akan hilang fokus dan over-confident.



“Saya padam akaun twitter saya kerana saya mahu lebih fokus terhadap kerjaya saya. Sebab twitter inilah saya pernah digosipkan sebagai artis yang selalu dengan telefon. Pada hal saya sibuk ber-tweet bersama peminat-peminat saya.” katanya sambil ketawa.

JOM CUCI MATA TENGOK GAMBAR2 YANG LAIN
tiz-zaqyahtiz-zaqyah 7

tiz-zaqyah 8tiz-zaqyah 6tiz-zaqyah 5

SUMBER: OHBULAN

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...