29.01.2011
Tanggal 29.01.2011 merupakan tarikh "Family Day" yang di anjurkan oleh Unit / Jabatan suamiku bertugas.Ini merupakan kali pertama aku join "Family Day" ini biarpun kami telah 4 tahun bersama.dan peluang ini tidak aku sia-siakan memandangan tidak ada sebab yang aku boleh tolak aktiviti anjuran unit suamiku.
apa yang diberitahu, "Family Day" nie akan dijalankan di Asahan iaitu sempadan antara N9,Melaka dan Johor. dalam kotak fikiran ku,tempat yang dituju tidak lah sejauh mana.tp,rupanya,ape yang aku jangka kan, jauh dari kebenaranya.
perjalanan bermula dari Putrajay dan masuk di tol Nilai menuju ke selatan tanah air pada jam 7.30 pagi bersama-sama ibu,nenek,suamiku,2 anak ku.dan ape yang diberitahu oleh suamiku,acara bermula jam 8.00 pagi.
alamak
;
;
;
;
;
cuma ada 30 minit dari sekarang.mampukah kami sampai ke sana dalam masa 30 minit?mmg x dan punya.tp,kami x kisah...teruskan juga perjalanan.janji smpai sana walaupun sekejap.perjalanan pg 2 pun,alhamdulillah,lancar sahaja.
sepanjang perjalanan, aku dok berkira-kira je..segan pun ader kalau dah sampai lewat.tp,aku dah awal2 bincang dgn suami,seandainya kami sampai,acara telah berakhir,kami akan alih perjalanan ke melaka pula..alang-alang sampai katakan.
setelah hampir 2 jam perjalanan, kami sampai ke susur keluar tol simpang ampat,N9 dan menuju ke arah Gemas.sebelum sampai Gemas,N9,kami melalui jaln yang menuju ke asahan.
perjalanan memang lama.kiri kanan lebih kepada hutan sahaja.terdetik dalam hati,macam nie ke perjalanan suamiku yang ulang alik dari putrjaya ke Gemas,N9 setiap hujung minggu.
jalan
punya
jalan
punya
jalan
punya
jalan
;
;
;
;
;
akhirnya, jam 11.30 pagi,kami sampai ke destinasi yang dituju.
acara untuk kanak2 pun dah bermula jadi, anakku yang sulong mmg xleh nak join lah..
time 2 pun,hujan renyai2
setelah mencari tempat duduk,anak aku yang sulong ape lagi,...bu...nak andi olam katanya...xdan tukar baju,dia dah g masuk kolam
kat bawah nie ader beberapa pic kami di sana
ha,dah tgk kan beberapa pic kat atas 2
yang bestnya,walaupun kami antara yang lambat...
ha
ha
ha
no bertuah kami naik tau
kat bawah nie ler hadiah yang kami dapat
iaitu,
pelbagai jenis kerepek
dari
AZHAR FOOD
kira2, berbaloi jua lah kami perjalanan kami ke sana
dari pulang dengan tangan kosong
no bertuah 3516
dan 4 no lain yang kami x berapa bertuah adalah:
1814
1533
1624
3623
ha,tgk lah anakku si aisyah nie..penat dia sampai tertidur ha..sian anak ibu.dapat tgk abang mandi je..aisyah kecik lagi,xleh nak join abang.
acara yang suami aku join adalah,"makan laju".tp,tuah tidak menyebelahinya..gagal untuk tersenarai 3 yang terpantas.ape2 pun...tahniah kerana berminat juga join aktiviti anjuran unitnya.
aktiviti tamat lebih kurang jam 2 petang.dan kami memilih untuk balik melalui tol tangkak kerna, tol tersebut lagi hampir berbanding kami melalui jalan asal td.
dalam perjalanan balik,kami kuar ke alor gajah,melaka.ingatkan nak bawa mereka ke zoo negara tp atas permintaan my mom, dia kata balik je..mungkin penat kot sbb perjalanan yang jauh.
jadi,lastly, kami balik menghala ke putrajaya.
perjalanan balik kami di iringi hujan renyai2
sampai ke putrajaya lebih kurang jam 5.30 petang
masing2 kepenatan
xserik rasanya nak mengikuti 'Family Day' lagi walaupun perjalanan mengambil masa yang lama kerna,inilah masa untuk sama2 mengeratkan hubungan antara isteri anggota dengan isteri anggota lain.aktiviti ini adalah anjuran BAKAT Gemas, N9
Tiada ulasan:
Catat Ulasan