Jumaat, 28 Januari 2011

PETUA YANG BOLEH KITA AMALKAN

PEGAGA HILANG PARUT



Bagi menghilangkan parut di muka,ambil daun pegaga dan campurkan dengan sedikit beras.tumbuk sehingga lumat dan lumurkan di sekitar parut.amalkan setiap malam sebelum tidur.insya-Allah parut akan berkurangan



KULIT LEBIH LICIN
Untuk medapatkan kulit muka yang tegang dan licin,ambil putiih telur yang sejuk.sapukan di muka seperti menjadi masker selama 30 minit.kemudian bilas seperti biasa.Hasilnya wajah akan lebih cantik bila dikenakan solekan.

HALIA KURANGKAN BERAT BADAN
Bagi mengurangkan serta mengawal berat badan, ambil sedikit halia dan kisar bersama air.Kemudian, perah limau nipis untuk mendapatkan airnya dan campurkan degan air kisaran air. Amalkan meminumnya pada setiap pagi dan malam.Bagi  yang tidak boleh minum secara terus, campurkan dengan sedikit gula

PETUA MERAWAT KUNING BAYI
Bagi merawat penyakit kuning, berikan bayi minum air anggur hitam segar.Cara untuk mendapatkan air tersebut dengan melecek-lecek anggur hitam.

DAUN PERIA UBAT KURAP
Jika badan dijangkiti kurap,ubatinya dengan mengambil bebrapa helai daun peria.cuci bersih.kemudain,ramas-ramas daunnya dan gosokkan pada bahagian yang dijangkiti.lakukan berulang kali.pastinya kurap di tubuh anda akan sembuh sepenuhnya.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...